Jom Kita Baca Sesama Nak Tak??

http://www.emocutez.com

WeLcOmE = Selamat Datang~

Assalamualaikum..

Celik mata, bukak laptop / PC , surfing internet..

After 18 hours baru realise : 'Eh, lupe nak mandi, tak lunch la tadi, homework belum siap !! Lupa nak bagi rabbits makan and blaa blaa blaa. '

(ok, intro totally OUT mish!! )

http://www.emocutez.com
DO NOT COPY ANY POSTS. Powered by Blogger.

February 14, 2013

Valentine - Hari Kekasih

Assalamualaikum 
Happy Valentine Day !!

14/02 merupakan hari bagi menyambut - Valentine day / Hari Kekasih. Wooohhh...Chill bro, Mish bukannya nak celebrate atau nak wish kat semua okeh. Mish nak share fatwa mengenai hukum celebrate valentine ni. Mish suka hari ni sebab chocolates, flowers, teddy bears and cute stuff murah hari ni. Boleh beli.. Tu je.. hihihi.. And decoration kedai cantik okies dengan pink and red colors. 

Jujur, Mish tak pernah wish, celebrate ataupun tukar-tukar hadiah. Tak ingat mana pun hari ni sebab tak penting. Tak dinafikan ramai orang akan celebrate ada yang memang 'bermaksud atau suka-suka' je. Setiap orang ada pendapat sendiri tapi Mish takmo lah state kan apa pendapat Mish. Yang salah tetap salah, yang betul tetap betul. Orang kata pokok pangkal letak pada hati, niat dan cara masing-masing. Tapi kalau dah was-was, better takpayah buat langsung kan. 

Celebrating with candle light dinner. (romantica de amoure sebenarnya..hemm) 

Lovely Present!! 

Sweet~ 

Sinonim dengan Valentine - Chocolate! 
And of course flowers!! 
Bagi Mish, kalau sekadar bagi hadiah atau special dinner bersama memang sweet. Hati berbunga-bunga dan tambah perasa la sikit sebanyak dalam hubungan. Yang buatkan nampak salah, rosak, tak manis dan dipandang serong bila pasangan celebrate secara salah. Check in hotel, buat tak senonoh, adakan party dan kegiatan yang kurang manis dan sebangainya. Disebabkan itu kerajaan telah mengambil keputusan dan mengeluarkan fatwa hukum bagi kita umat Islam menyambut Hari Kekasih ini secara terang-terangan dan jelas bagi menyelesaikan isu ini dan memberi penjelasan pada kita tentang hukum hakam sebenar. 

Fatwa Hukum 
1) Dari Kerajaan Negeri Johor (2005) 

Sehubungan itu, kertas kerja berkaitan dengan hukum umat Islam menyambut Hari Kekasih ( Valentine’s Day ) telah dibentang dan dibahaskan dengan teliti oleh Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor pada 25 Zulkaedah 1426 Hijriah bersamaan 27 hb Disember 2005 Miladiah. Setelah dilihat dengan penuh penelitian, maka Jawatankuasa Fatwa mengambil keputusan sebagaimana berikut :
 
 
Alhamdulillah fatwanya adalah seperti berikut :
 
”  Amalan merayakan hari kekasih ( Valentine Day ) tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah dilarang oleh Islam yang jelas bercanggah dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah. Oleh itu umat Islam adalah DILARANG daripada melibatkan diri di dalam meraikan hari tersebut. ”
 
والله أعلم بالصواب
 
 
NOTA :  Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71, yang telah bersidang pada 20-22 Syawal 1426 Hijriah bersamaan 22-24 November 2005 Miladiah di Kuching Sarawak, juga telah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day, tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsure-unsur kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Keterangan dan hujah, sila click website original di bawah, 

2) Dari Kerajaan Selangor ( 2006) 

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 1/2006 pada 21 Februari 2006 telah memutuskan bahawa :

“Amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur 
dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam”

Keterangan lebih lanjut, sila click website original di bawah, 

Pikir lah sendiri nak buat ke taknak eh.. 

-M- 




No comments: