Jom Kita Baca Sesama Nak Tak??

http://www.emocutez.com

WeLcOmE = Selamat Datang~

Assalamualaikum..

Celik mata, bukak laptop / PC , surfing internet..

After 18 hours baru realise : 'Eh, lupe nak mandi, tak lunch la tadi, homework belum siap !! Lupa nak bagi rabbits makan and blaa blaa blaa. '

(ok, intro totally OUT mish!! )

http://www.emocutez.com
DO NOT COPY ANY POSTS. Powered by Blogger.

December 30, 2012

The End !

Hari nie dah 30/12/2012 .. Maka sudah hampir sampai kemuncak 2012 dan bermulanya episod baru dalam hidup setiap insan di muka bumi ini - 2013. (Cewah, intro kemain lagi~)


Kalau tahun baru je mesti soalan lazim :

1) Countdown katne nanti?
2) Apa azam tahun baru korang?

Kan2?? Bosan giler! Klise.. Tapi memang tula soalan lazim nya pun. Nak termuntah dah dengar, dah berbuih-buih jawab soklan yang sama setiap tahun kan ?!

Tapi takpe, bila soalan yang same berulang, akan mengingatkan diri kita supaya sentiasa renew azam and buat bersungguh2. Ada setengah orang yang memang peka, fokus dan lakukan bersungguh-sungguh untuk merealisasikan azam mereka. Tapi ramai jugak buat dek je setiap tahun. Tukar lah banyak kali pun, satu azam pun tak jalan kan? (Akulah tu agaknya. :p)

Apa kata kite berubah yuk! Jom tanam azam dan bersungguh-sungguh untuk lakukannya! Jomla!! Apa salahnya kite buat bende yang baik kan? Azam ni, macam cita-cita dan impian kita yang nak kita capai setiap tahun. Ajar kita berdisiplan dan lebih fokus dalam apa jua yang kita buat. Bagus sebenarnya kalau kita bebetul praktikkan benda ni. Jadi, apa tunggu lagi. Jom pikir sesama nak berazam apa dan cuba lah realisasikan ia.. :)

Chayok2 MieraShahida aka MISH !!!

(Mata ke atas, jari telunjuk kat dagu, gedik2 kan sebab tengah pikir nak azam apa ek? )

Azam : Menabung + Holiday + Kawin!!!

(aik?! Kawen? dengan sape? Mana de calon!! hahahaha) ;p


December 23, 2012

Ali Baba Musical Teater!

Fizo Omar, Elfira Loy, Aznil and Ebi Yus in Ali Baba Musical Teater last Friday.. Phewittt .. Here, our next date- the angles :) 

The teater was ok, not bad. Kelakar sebab de aksi + dialog spontan dari Pak Nil and Ebi Yus. paham-paham lah kan kalau dah dorang yang berlakon, ada je bende nak jadikan bahan. hahahaha. 

Great teater! sapa yang belum lagi tonton, sila lah tonton. Ticket pun tak mahal. Yang tak pernah try, nilah masanya. Best tau teater. Live, masa tulah nampak macam-macam ragam yang tak disengajakan. Lagi mencabar nak berlakon teater ni. Malas lah cakap banyak! haha :p 


~ Ali Baba ~

The Girls : D 

After Teater. 

People was queue up panjang okeh nak jumpe pelakon semua. Kami?? Tak kose. Malas la..  Masa tu dah pukul 11.30pm and lapar sangat. So kami cepat-cepat snap pictures and terus je pegi makan kat nasi air kampung baru! weehuuu !!!! 



December 20, 2012

Sooo Lovely ~

Assalamualaikum.. :) I'm TOUCHED!!

Seriously, I am... I do..I **?? What else?
(Boring introduction!)

Why I'm so touched? Because of my girls mostly will getting married next year!! This year jangan cakap lah ramai nyer kawan-kawan yang dah berkahwin.  The end of December ni pun berlumba-lumba orang kahwin kan. Next year memang I akan kehilangan my BFF.. Ikien and Jaja.. Yes, BOTH!!

It's ok.. Rezeki and jodoh mereka dah sampai and me as a friend, not just a friend but like a sister, of course I'm happy and really thankful for them. :) Really, I do !

Since we talk about wedding, ada 1 wedding yang sangat sweet and sour ;p, awesome, and it's really adorable.. I wish my wedding just sweet like her and a man who will live by my side just simple and amazing like her husband. Ohhhh.. Ok, this is too much! I'm dreaming of it. hahhahaha.. Get up Mish!!!

Ok, don't get me wrong. I just dream a husband like him, but not HIM!!! I wish I am her but not really :)
U got it right? Good ! (whatevaa)

Who I'm talking about.. For sure u know her guysss.. Come on!!

It's ~ MARIA ELENA ZARUL & AS FIRDAUS ~
Search and search dear about her.. Catch a trailer, short movie about them Kisah Kami and the wedding ceremony video..Malas nak bagi link sebab saja je nak suruh cari sendiri. Jahat tak? No la. Internet di hujung jari.. Senang kot nak search ! Jangan Malas.

Me?? Doakan supaya ada rezeki kahwin and dapat jodoh yang baik, cukup ciri Islam tentukan, dapat bimbing shaye nie. :)

Aminnn :)

Salam!









December 16, 2012

SabarLah~

" Sabar itu separuh dari iman ".. 

Memang betul dan bersabar itu melambangkan hati yang kuat, tidak cepat melatah, tidak cepat mengamuk, tidak cepat melenting. Bersabar itu amalan terpuji, amalan mulia. Kerana itu la kesabaran kita selalu diuji untuk mendapatkan 'mulia' nya sabar = iman.

Berurusan dengan orang ramai memanglah sangat menguji ! Geram !!

Ok, cite nya macam nie eh.. Semalam de guest reserved 5 bilik, time die nak check in, sampai-sampai je dah tunjuk belang, mengada-ngada, cerewet, banyak songeh.. Baca dialog jela eh :

Mish : IC encik..
Guest : IC? Nak buat apa? Kan dah ambil detail time reservation aritu .
Mish : Betul. Tapi saya perlukan IC utk double check takau salah information. 
Guest : Apa hak awak nak check IC saya? Awak boleh ke nak check IC saya?
Mish : Saya memang perlukan IC untuk check in process.
Guest : Ambillah. (Dengan muka masam)

Mish : Harga bilik RM??? , deposit RM ????.. Paying by cash or card?
Guest : Mesin awak tu link bank mana?
Mish : Encik akan guna debit ke credit? 
Guest : Debit. Saya nak tau mesin awak link dgn mana.
Mish : Dengan United. Tapi kalau debit mana-mana pun takde masalah. Encik boleh bagi je kad encik.
Guest : Tak boleh. Saya nak tau awak punya link. Kalau tak macam mana nak bagi kad?
Mish : Kalau debit takda masalah. Mana-mana pun boleh. Tak pernah ada masalah selama ni yang bayar guna debit. Kalau kredit baru kad yang terpilih je. 
Guest : Taklah. Kalau Maybank tak boleh.. (sambil keluarkan kad). Haaa, sebab tula awak ni kene bagitau saya mesin tu link mana.

(Hati dah mula panas. Nampak sangat nak eksyen tapi sebenarnya tunjuk kebodohan sendiri. Debit takda masalah kecuali DO NOT HONOUR!! Muka dah mula panas. Tak dapat nak cover dah. Hilang senyum yang masih cuba dibuat-buat tadi.) 

Mish: Kalau harga bilik bayar debit, deposit saya perlukan cash sebab akan refund esok bila en. c/out.
Guest : Laaa, awak buat la debit dulu. Dah sibuk yang deposit. Saya bayar la nanti.
Mish: Saya tau, tapi saya perlukan cash supaya dapat key in dalam system. Nanti saya buat debit. 
Guest : Debit pun tak buat dah sibuk. Takut sangat saya tak bayar. Saya bayarlah. Buat dulu.
Mish : Encik, saya tak boleh teruskan kalau duit saya tak dapat lagi. 
Guest : Cuba awak buat dulu debit. Banyak cerita la awak ni.
Mish : Ini polisi. Saya tahu apa yang patut saya buat. Saya perlukan jugak cash money then I will proceed. 
Guest : *Hish, cash la apa la * (merungut)

(Hati rasa nak meletup dah!! Guests yang beratur kat belakang dah muka cuka tunggu lama sangat, dengan dengar + tengok kerenah guest ntah pape ni. Dah berbisik-bisik dorang.) 

Guest : Basikal ni nak letak mana? Lobby jela .
Mish : Eh, tak boleh letak kat lobby encik. 
Guest : Asal plak tak boleh. Awak tau tau basikal saya nie bukan nya murah. Mahal tau. Kalau hilang macam mana?
Mish : Iya, saya tau. Tapi basikal ni memang tak boleh letak kat lobby. 
Guest : Ish, bawak naek bilik la!

(Kalau satu je tak pela letak dalam stor sementara. Tapi banyak. 4 buah !! Nak letak camna..Kalau kat lobby tak ke semak. Ada ker orang letak macam-macam barang kat lobby? Tak pernah pegi hotel eh? Pastu nak bawak naek bilik. Dah la basikal kotor.!!!! ) 

Paham tak apa Mish rase??!!!! Arghhhhhhh !!!! 

     

December 11, 2012

Birthday + Chocolate

Today - 11th December 2012 is my BIRTHDAY !!!! Alhamdulillah. I still can celebrate my birthday this year :)

Allah, selamatkan aku ~ Happy Birthday TO me :)

My wish =
- hope life will be better, much love in my life, better daughter, better muslimah, better friend, better family :)

I wish my journey will be fantastic as i dream of..

And as a present for myself, I let my stomach having chocolate as a breakfast!!



No diet for today! XXL size for me!! YESS !!
(pasni mula la gelabah bile gemuk!) 

Btw, today is public holiday because of Sultan Selangor birthday. SEE!! How lucky u guys got public holiday n my birthday .. :) teheeee~ 

But , I'm working.. It's ok, my friend let me on shift in the morning. So that I still can celebrate my birthday today! (no real celebration actually) .. COOL  + Awesome = Triple for Public Holiday.. yeyeyyee!! 

Note: My best present for myself, yasin.. already read in the morning.. Thanks ALLAH :D 

Love:
-M-

How To Be Happy :)

Let's talk about How To Be Happy in Our Life : d
(warning, this is long entry)

Life is too short to be sad, unhappy, negative person, boring, and unattractive person !!
Be cheerful, attractive, positive !!

Me, also have problem with myself which mean, pernah rase down, lonely, ada kawan, but still don't have time to hang out, rase teenagers life (lepak je ok. bukan life yg melalut ntah pape), tak dapat buat perkara or activities yang i memang minat.. My life like boring.. Just terperap dalam bilik, spend my whole time in the room. Just on9 with no reason, writing, reading, watching, listening.. Just like that.. Phuhhh.~

At last, me rase down gile tapi tak delah sampai ke tahap murung. Tak tahu camne nak gambarkan perasaan tu. Rase, terok jgk !

But one day, i realized that we can create our happiness, our life, our journey, our best time walaupun bende tu se-simple kacang! Tak-tuck!!

So, lets begin..

1) Do not Compare ur life with others !
- Dulu bile tengok movie pun i can be so jelez okeh sebab selalu terfikir, kenapa lah life saya tak se-best life dorang! Kaya, stylo, fashionable, bf handsome, kereta besar.. And I adore elite lifestyle like Gossip Girl !! Life in NEW YORK yg sangat awesome!! Kalau kat Malaysia i love to be like sazzy falak and fazura .. Tapi takdelah nk life yang tak tentu hala. Like clubbing and sgt kebaratan..I just cant explain that. Paham2 la ehh :)
- So, bila comparing and selalu biarkan hati ni jelez, nanti akan rase down tau sebab life kite memang sgt jauh beza ngn dorang. So, STOP COMPARING!!! Be THANKFUL, APPRECIATE + ENJOY every MoMEnt walaupun bende yang jadi tu sangat simple and kecik je. Kadang tak tinggal kesan or memang tak meaningful langsung! But when we appreciate and always take that as special, life will be fantastic! Trust Me!!

2) Positive Emotion !
- When something bad happen, must stay in positive and make ur emotion stable. Memang susah pun kadang nak stay in best emotion kan. Kadang bende kecik je, tapi kita dh emo sepanjang hari, dah nangis teresak-esak, dah merajuk 2-3 hari. Padahal benda boleh settle. Sangatlah tak sesuai nak buat perangai.
- So, elakkan jadi seteruk itu ! Jangan biarkan emosi kawal anda, tapi anda yang kawal emosi. Kita boleh + berhak kawal dan tentukan emosi yang perlu ditonjolkan mengikut situation. Tapi jangan lah over sangat kan. Biarlah berpada-pada dan kene dengan kejadian dan situasi. Kalau tak, bad mood sepanjang masa la jawabnya. Kan tak best cmtu !

3) Everyday is a new opportunity to be better than yesterday
- Bila hari ni jadi satu perkara yang tak best, janganlah fikir : "Esok mesti lagi teruk punyer.." / "Kalau hari nie pun hampeh, esok lagi lah pulak"...
- Kalau awal-awal dah pikir macam tu, nanti confirm kita akan moody esok. Come on, janganlah cepat sangat nak fikir negative and assume that bad thing will be happen tomorrow kan, padahal kita tak akan tahu pun ape yang akn jadi.. Ok, can assume but pe salahnya assume yg baik2 and kalau problem tak settle pun ari nie, tapi fikirla : " Esok will be better, I will Solve the problem smartly! "
Kan bagus azam camtu :) Mesti lagi semangat!

4) U can choose what u want to be today and look forward
- Hidup ni banyak pilihan. Kalau kita pilih jalan salah, salah la ia. Kalau pilih nak happy, kita akan happy selalu. Kita yang create corak dalam hidup kita. So, dont worry.. Everybody deserve to be happy. Just must know how to handle ur life.
- Tinggalkan kenangan or anything yg xbagus dalam hidup kita and start the new one with new spirit, new style, and look forward what u need!! Don't worry, u can handle anything because we are completely strong that's y we are still alive and stand here and have chance for making better life.

-M- :)


 

December 4, 2012

Nak Kurus?

Assalamualaikum ~ ;p

Diet + Kurus sangat la sinonim dengan perempuan. Sape pun mesti nak berat badan yang ideal dan bentuk tubuh yang menawan kan. Sama la seperti Mish!! Memang pikir nak diet je, kadang angan dah tinggi menggunung, tapi seminggu dua je diet.. Pastu gone! hahaha..

 Bila rase bdn berisi sikit mulalah rasa panic! Senaman malas, mkn pakai hentam je la labuu~ Tapi nak jugak kurus, bila gemuk tension and sedih. Achaner tu? Tapi takdela obses okeh. Obses tu xbagus nyer kawan2. :) Hish, nama pun perempuan kan.

 Mish bukanlah jenis yang tak kesah kan berat badan, yang jenis cool and relax je kalau berat bertambah. Mish amek berat tapi takde usaha sgt pun nak kurus sebab rase cm 'berat' sangat langkah nyer nak kurus ni. Bosan + malas nak ikut. Kalau bebetul ikut rules, semua benda pun takleh nak makan. Memang ngidam berpanjangan jela.

Tapi jangan risau!! Mish dah jumpa satu cara yang best nak follow. :)

 http://kevinzahri.com/blog/health-fitness


Bacalah blog health and fitness by KEVIN ZAHARI .. Memang best okeh! Sebab sangat sempoi and lebih banyak kelonggaran! Thats the most important !!. Diet secara relaks la orang kata. Kalau orang lain ckp jgn mkn nasi lemak. Tapi Kevin kata BOLEH !!! Apa??? hahahaha.. Terkezut kan? 

Boleh tapi de cara nya lah. Nak tau kena lah baca sendiri, malas la Mish nak ulas panjang sangat kan. So, nak sihat and diet secara 'longgar' dan lebih relax?? Just Read and follow advice by Kevin Zahari. :)