" Sabar itu separuh dari iman "..
Memang betul dan bersabar itu melambangkan hati yang kuat, tidak cepat melatah, tidak cepat mengamuk, tidak cepat melenting. Bersabar itu amalan terpuji, amalan mulia. Kerana itu la kesabaran kita selalu diuji untuk mendapatkan 'mulia' nya sabar = iman.
Berurusan dengan orang ramai memanglah sangat menguji ! Geram !!
Ok, cite nya macam nie eh.. Semalam de guest reserved 5 bilik, time die nak check in, sampai-sampai je dah tunjuk belang, mengada-ngada, cerewet, banyak songeh.. Baca dialog jela eh :
Mish : IC encik..
Guest : IC? Nak buat apa? Kan dah ambil detail time reservation aritu .
Mish : Betul. Tapi saya perlukan IC utk double check takau salah information.
Guest : Apa hak awak nak check IC saya? Awak boleh ke nak check IC saya?
Mish : Saya memang perlukan IC untuk check in process.
Guest : Ambillah. (Dengan muka masam)
Mish : Harga bilik RM??? , deposit RM ????.. Paying by cash or card?
Guest : Mesin awak tu link bank mana?
Mish : Encik akan guna debit ke credit?
Guest : Debit. Saya nak tau mesin awak link dgn mana.
Mish : Dengan United. Tapi kalau debit mana-mana pun takde masalah. Encik boleh bagi je kad encik.
Guest : Tak boleh. Saya nak tau awak punya link. Kalau tak macam mana nak bagi kad?
Mish : Kalau debit takda masalah. Mana-mana pun boleh. Tak pernah ada masalah selama ni yang bayar guna debit. Kalau kredit baru kad yang terpilih je.
Guest : Taklah. Kalau Maybank tak boleh.. (sambil keluarkan kad). Haaa, sebab tula awak ni kene bagitau saya mesin tu link mana.
(Hati dah mula panas. Nampak sangat nak eksyen tapi sebenarnya tunjuk kebodohan sendiri. Debit takda masalah kecuali DO NOT HONOUR!! Muka dah mula panas. Tak dapat nak cover dah. Hilang senyum yang masih cuba dibuat-buat tadi.)
Mish: Kalau harga bilik bayar debit, deposit saya perlukan cash sebab akan refund esok bila en. c/out.
Guest : Laaa, awak buat la debit dulu. Dah sibuk yang deposit. Saya bayar la nanti.
Mish: Saya tau, tapi saya perlukan cash supaya dapat key in dalam system. Nanti saya buat debit.
Guest : Debit pun tak buat dah sibuk. Takut sangat saya tak bayar. Saya bayarlah. Buat dulu.
Mish : Encik, saya tak boleh teruskan kalau duit saya tak dapat lagi.
Guest : Cuba awak buat dulu debit. Banyak cerita la awak ni.
Mish : Ini polisi. Saya tahu apa yang patut saya buat. Saya perlukan jugak cash money then I will proceed.
Guest : *Hish, cash la apa la * (merungut)
(Hati rasa nak meletup dah!! Guests yang beratur kat belakang dah muka cuka tunggu lama sangat, dengan dengar + tengok kerenah guest ntah pape ni. Dah berbisik-bisik dorang.)
Guest : Basikal ni nak letak mana? Lobby jela .
Mish : Eh, tak boleh letak kat lobby encik.
Guest : Asal plak tak boleh. Awak tau tau basikal saya nie bukan nya murah. Mahal tau. Kalau hilang macam mana?
Mish : Iya, saya tau. Tapi basikal ni memang tak boleh letak kat lobby.
Guest : Ish, bawak naek bilik la!
(Kalau satu je tak pela letak dalam stor sementara. Tapi banyak. 4 buah !! Nak letak camna..Kalau kat lobby tak ke semak. Ada ker orang letak macam-macam barang kat lobby? Tak pernah pegi hotel eh? Pastu nak bawak naek bilik. Dah la basikal kotor.!!!! )
Paham tak apa Mish rase??!!!! Arghhhhhhh !!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment