Assalamualaikum~
Astaghfirullahalazim.. Mintak ampun Ya ALLAH.. Dalam keterlanjuran dan terlalu ikutkan nafsu, sehingga tak sedar setiap kesalahan itu mengheret bapa sekaligus menimbunkan lagi segala dosa yang ada. Bukan kita sahaja rupanya yang menanggung, tetapi yang paling perit dan susah adalah ibu bapa kita..
Oleh kerana kesalahan kita sendiri, Ibu Bapa yang menjadi mangsanya, TIDAK DAPAT MASUK KE SYURGA!!!
Tau tak kenapa? Sebab bapa kita seorang yang DAYUS!! Kenapa?? Sebab kita anaknya yang melakukan dosa, tapi bapa yang tanggung. Confuse??? Ni sebabnya;
“Dayus, iaitu lelaki yang mengetahui perkara keji dilakukan oleh ahlinya dan ia sekadar senyap dan tiada rasa cemburu ( atau ingin bertindak), dan termasuk juga ertinya adalah sesiapa yang meletakkan tangannya kepada seorang wanita yang tidak halal baginya dengan syahwat” – Al-kabair, 1/45″
“Allah telah melaknat lelaki dayus (laknat bermakna ia adalah dosa besar dan kerana itu wajiblah dipisahkan suami itu dari isterinya dan diharamkan bergaul dengannya) (Matalib uli nuha, 5/320)”
Ciri-Ciri Lelaki Dayus?
Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi dayus, berikut antaranya:
- 1Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah, mahupun hanya mata yang menikmati
- 2Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan siapa (lelaki atau perempuan), serta apa tidak tanduknya di pejabat dan siapa yang menghantar
- 3Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat
- 4Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya
- 5Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa ‘sporting’ yang memahami
- 6Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah
- 7Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram
- 8Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali
- 9Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna
- 10Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam (seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya)
- 11Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan
- 12Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita
- 13Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu
- 14Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian
- 15Membiarkan kemungkaran dan keingkaran ‘tanggungannya’ (isteri dan anak-anaknya yang derhaka)(Copy dari sebuah blog)P/s: Isteri dan anak-anak perempuan haruslah menjaga tindak tanduk mereka..Paling penting, ini peringatan untuk diri sendiri !!!I'm Guilty ;(-M-














