Astaghfirullahalazimmm..
Mula-mula nak lah letak pic hantu ni kan sebagai intro. Bila tengok kat Google, Astaghfirullalazim... Tak jadi lah ekk.. Imagine lah korang sendiri.
Seperti yang kita tahu, wujudnya makhluk ALLAH walaupun ghaib / di alam yang satu lagi namun kita harus percaya dan beriman dengannya. (Maksudnya percaya pada kewujudannya sebab dah tertakluk pun dalam Al-Quran) . Tak kisah lah alaf baru ke, zaman tekno ke bal bla bla.. Dia memang wujud pun! Tapi diaorang tidak berkuasa selain dari ALLAH.. (takmo lah bebel panjang pasal ni)
Nak dijadikan cerita, datang keje tadi manager shayer ni ha bukak cerita yang ade staff kene kacau dengan makhluk ALLAH ini dekat lift! Hishhhh.. Tak perlu lah eh cerita lebih lanjut. (Malas nak ingat + nak buat tak tahu je ni sebab Mish keje petang - 3pm until 11 pm) .. Last week of month keje night shift 1 minggu!! Huishhh..) Sampaikan staff di dah demam dah. Yelah, terkejut kan. Masha-ALLAH..
Memang lah dah penah dengar cerita sebelum ni, tapi Mish buat tak endah je. Yelah, buat apa nak dipikirkan sangatkan. Nanti emosi terganggu, mulalah semuanya jadi takut kan dan Alhamdulillah, setakat Mish keje ni takde lagi kejadian macam ni dan diharapkan jangan langsung terjadilah.
Pastu dengar pulak cerita dari hotel kepong, housekeeper kene kacau time bersihkan bilik. Puchong 1 pulak housekeeper kene cekik masa tidur. Astaghfirullah.. Minta dilindungi dari kejadian seperti ini Ya ALLAH.
Ingat pesan ALLAH bahawa jangan takut, Dia sentiasa menjaga kita dan baca la ayat suci, ayat kursi selalu dan yakin bahawa ALLAH sentiasa bersama dan bersifat melindungi hamba-NYA. :)
Setiap kali keluar rumah atau masuk ke mana-mana tempat baru, mulakan sesuatu dengan Bismillahirahmanirahim sekurang-kurangnya. Mohon perlindungan dari ALLAH..
Bacalah ayat Kursi dan sapukan seluruh badan (sebelum tidur juga sangat baik diamalkan)
1)
(Ayat Kursi)
2)
Bismillahirrohmanirrahim..
سُوءٍوَاضْمُمْ إِلَيْكَ جَنَاحَكَ مِنَ الرَّهْبِ
(copy dari blog anim) .
3)
Doa Hilangkan Rasa Takut
-M-


No comments:
Post a Comment