Jom Kita Baca Sesama Nak Tak??

http://www.emocutez.com

WeLcOmE = Selamat Datang~

Assalamualaikum..

Celik mata, bukak laptop / PC , surfing internet..

After 18 hours baru realise : 'Eh, lupe nak mandi, tak lunch la tadi, homework belum siap !! Lupa nak bagi rabbits makan and blaa blaa blaa. '

(ok, intro totally OUT mish!! )

http://www.emocutez.com
DO NOT COPY ANY POSTS. Powered by Blogger.

May 19, 2012

SaturdAY = Boring !!!.....

Yey !! Sabtu cuti !!! Tak payah pegi sekolah, tak payah pegi keje~

Saturday activities : 
Boleh tidur, bangun lambat, tengok wayang, shopping, lepaking, kelas muzik, kelas menari, kelas menjahit, kelas masak, gym, hang out with friends, dating (uuuuuu) ... some more???

Best nyer SATURDAY !!! 

That situations will happen to those who loves Saturday.. Then what happen to others??
  Gile!! Mana ada orang pernah benci cuti !! Malaysian loves holidays..

Bukannya tak suka cuti, tapi bile cuti jerk mesti boring. Tak ada apa nk buat pun kat rumah.

Question : Nak kuar?
Answer : Malas, panas, tak de duit, tengok wayang cite xbest, kawan - semua ada plan masing-masing, family?? -  Dorang dah ade family masing-masing.

Ok, then.. Kita buat aktiviti sendiri la macam tu !! Tak payah kuar rumah pun.. Dalam bilik pun boleh ! : D

First :
BILIK 

- Cuba tengok keadaan dalam bilik?? Kemas tak?

  1. Kain kotor melambak atas lantai belakang pintu? 
  2. Katil, bangun tidur tadi kemas tak? 
  3. Almari baju - baju tak lipat?? Sumbat jer dalam wardrobe?? aiyyoo !! (tepuk dahi)
  4. Meja tulis - Bersepah dengan pen, kertas, buku, dictionary?? 
  5. Rak - novel tak bersusun kemas.. 
  6. Make up desk - ada kesan bedak tumpah?? Maskara and sikat rambut berterabur, tak masuk kan dalm 'box' semula !! 
 (Ok, anak dara~ This is 2 MUCH !!) eiuuuwwww~

Ape tunggu lagi?? Jangan MALAS !!
Kemas 3x.. Jangan biarkan bilik bersepah sebab bilik nie ibarat TAMAN SYURGA kita. Mana boleh bersepah sebab kat situ la kita akan tidur, solat, termenung, surfing internet, baca novel, lepak2, tulis diari.. Ha, kan banyak activities yang korang buat dalam bilik tidur. Bedroom also the best place for any mood situations. Bedroom jugak boleh mempengaruhi mood, kesihatan dan personality kite tau.. So, bilik tidur memang important. Cantik bedroom, cantik lah kita sebenarnya :) Lagipun, tak manis kalau anak dara bilik kotor dan bau ~

Pink is sooooo MISH !! :) 

*Mish memang sangat2 in love dgn bedroom. Setiap minggu memang Mish akan bersihkan bilik : vacuum, lap habuk, deco sket bilik nie.. Sebab bagi Mish, bilik nie memang penting. Kalau bilik bersepah and berbau, Mish rase moody sgt. Bilik segalanya untuk Mish ! 





Question : Tapi bilik saya memang perfect !! Tak ada nak buat dah..Nak buat apa ek???

Second :
DVD / Movie


http://www.moviefone.com/dvd


Mish suka download latest movies tapi banyak sangat3x yang tak tengok sebab tak sempat kan.. So, masa ni lah Mish akan tengok movie. :) Kat bilik !!! hehehhe.. (kan dah kata, bilik segalanya )..

Kalau tak ade cite baru pun tak pe. Tengok semula citer-cite yang korang suka sangat and tak jemu kalau tengok banyak kali. Or movie yang ade sentimental value. Cewah !! Bleh layan perasaan sket kan. Tapi untuk yang memang moody, bersedih, frustrated.. Elakkan dari tengok movie yang boleh buat korang menangis + lagi bertambah sedih.. Cuba cari movie yang boleh ceriakan mood korang balik : Lawak ke der?? hahaha.. Tengok lah part Jozan. Memang pecah perut !!


Three :
Magazine / Music / Novel

Mish memang suke beli magazines, novel, books~  Tapi mcm bese, byk sgt yg xbace lg. hehehe..So, it's time then !! Tengok balik mana magazines, novels, books yang korang xbace lagi or tak habes kan lagi, then bace laa. Sambil minum hot chocolate, dengar mp3....Fuyoooo, syiok !! U guys should try it ! : D

Four :
Surfing internet

Ok, memang dah biasa kan?? Tiap hari pun buat and ade yg nak tengok lappy pun dh xnk sebab dh muak sgt kt office mengadap pc je..

Ok, but this time kite buat lain plak. Lupakan Twitter, Facebook, or social websites yang dah bese.
Ape kata, kite google new software tuk try kat lappy kite? Best kan?? Tengok kat youtube software ape yg best nak install dlm lappy korang.. Then try la !! Sure ok nyer ! : D

Mana yang terlepas tengok drama bersiri kat tv, leh la layan kat TONTON.. yang suka dengar ceramah ustaz azhar, masa ni la nak tambah ilmu pengetahuan + agama (dapat pahala tau. InsyaALLAH) ~

Cari info tentang tempat-tempat percutian yang korang memang teringin sangat nak pergi.. Tengok koleksi movies baru yang boleh download nanti ! Cari jugak info yang boleh kita guna contoh nya : nak diet, tentang relations, motivations, decorations, beauty and health, saham, properties, recipes and more....

Five :
New Hobbies 

Apa salah nya kalau cuba hobi baru? Ada yang suka sangat menari tapi malu nak join kelas menari or memang malu sangat nak menari depan orang ramai, rasa tak confident, atau memang tak baik pun nak menari depan orang kan ~

What are u waiting for ?? Turn on your music and shake your body in front of mirror !! yeyeye~
Try macam2 tarian and try different step of dancing.. Nak record pun boleh tapi pastikan simpan kat tempat yang betul :) Safety first !


**Banyak sangat sebenarnya aktiviti yg kita boleh buat hujung minggu kat rumah.. Basuh toilet, berkebun, memasak (belajar resipi baru), kemas rumah..Macam-macam lah.. Yang penting kita ni.. nak buat atau tak. Setiap perkara yang kita nak buat, memang terletak 100% pada diri kita sendiri. Jangan salahkan sesuatu perkara just sebab u malas.. Setiap apa yang kita lakukan, kalau dengan mood yang happy, bende simple pun akan rase seronok bile kita buat. Trust me !! 

Later will update lagi ok dengan activities yang xjangka boleh buat : D (masa suntuk !)

Tataaaa~










May 10, 2012

Me and Hijab

Question : When you start wearing the Hijab babe?
Answer : Em.... I'm not so sure actually.

Opss ! Lupe~

Assalamualaikum ~ hehe..

I believed, setiap perempuan mesti pernah pakai tudung even once pun kan?? Dan ada tempat-tempat yang kite wajib pakai tudung like :


  1. Sekolah (mostly)
  2. Masjid / Surau (of course)
  3. Majlis Agama (for sure)
  4. Ada jugak yang pakai tudung bila join kelas Pendidikan Agama Islam kat sekolah 
Mana lagi ?? 

Mish (mierashahida) punyer sekolah rendah dulu pun menggalakkan pemakaian tudung. Boleh lihat ramai jugak yang pakai tudung ke sekolah dari darjah satu lagi. Bagus nya Ibu Bapa dorang sebab praktikkan anak-anak dari darjah 1. Comot atau selekeh nyer cara pakai tudung tue belakang citer la. At least, bebudak tu memang 'ok' nak pakai. Lekat sampai balik. :) Tapi Mish tak pakai tudung pun mase darjah 1.  

Mish pernah pakai tudung ke sekolah semata-mata nak cover bila potong rambut. Yelah, masa kecik kita xde 'kuase' nak tentukan fashion rambut macam mana kan. So, ikut je fashion yang umi tentukan. Bila potong rambut pendek or rasa style rambut tue tak cantik, Mish akan pakai tudung ke sekolah. Then, Mish akan bukak balik bila dah rase 'selesa' dgn style rambut tu. 

Masa darjah 6, guru kelas Mish = Cikgu Yazir ( Favourite teacher and still contact with him until now. Believe it ! ) , tetiba dia panggil Mish after class. Dia senyum dari jauh bila tengok Mish otw pegi kat meja dia. 

"Miera, cikgu nak cakap sikit dengan kamu."
" Cakap apa cikgu?"
" Kamu perasan tak pelajar perempuan darjah 6 semua pakai tudung."
"Hem, ye la kot. Tak perasan." (Muka pelik dah time nie )
"Cikgu rasa kalau awak pun pakai tudung, mesti lagi cantik." (Sambil senyum)
Masa tu baru lah Mish sedar yang Mish sorang je still lagi 'free hair'... Masa tu dah pertengahan tahun kot. Tudung sekolah pun dah tak banyak jual. Plus, Mish pengawas, kene pakai tudung warna biru. Balik rumah Mish bagitau umi, Mish kene pakai tudung. Cikgu Yazir suruh. Umi suka cuma mase zaman dulu pakaian sekolah takdelah melambak jual macam sekarang nie tak kira musim. So, agak susah nak cari tudung biru.

The next day, Mish pakai tudung ke sekolah tapi lain sikit dengan orang lain. Sebab tudung biru Mish ade corak-corak bunga.. Tapi bukanlah corak yang jelas. Macam mana ek nak explain? Corak die dari jauh tak nampak jelas, tapi bile tengok bebetul baru perasan ada corak kat kain tu. (buat-buat paham jela ek)

Bestnyer, cikgu sekolah tak marah pun sebab dorang paham Mish start pakai tudung pun dah lambat kan.
: D hehehe..

Masuk sekolah menengah, memang wajib kene pakai tudung. So, nak tak nak, kene ikut rules.

'On-Off' concept tue biasalah kan?? Pegi sekolah pakai tudung, pegi jalan-jalan bukak. Tapi seingat Mish lah, mostly Mish pakai tudung kot. Mish akui, pada mulanya bukan lah kehendak or rase memang tanggugjawab nak pakai tudung. Tapi sebab, ada yang puji Mish pakai tudung lebih manis and cantik dari free hair. Walaupun sedar yang dorang just nak psycho supaya kekalkan pakai tudung, tapi konon nak cantik and nak confident bile kuar jalan-jalan, Mish pakai tudung..

Sampai lah sekarang, Alhamdulillah.. Mish kekal pakai tudung. 'On-Off' concept tue sangat-sangat jarang berlaku. Boleh kira dengan jari.

Betul lah kata orang, dari terpaksa / bukan niat sebenar akan tukar jadi serba salah dan akhirnya akan timbul rasa tangunggjawab. :) 

*Jadi lebih baik mulakan dengan paksaan. Sekurang-kurangnya, waktu ikhlas itu akan datang juga. Semoga hijab ini kekal di atas kepala dan tak wujud lagi 'on-off' concept walaupun sekali dalam hidup Mish. Begitu juga kamu semua . InsyaALLAH..

Amin.. :)

Mish and Umi ~


P/s: Setiap orang diberikan tangunggjawab. Terpulang pada kita cara kita nak tunaikan tangunggjawab tue.  Selagi boleh perbaiki, silakan..Lakukan dengan cepat ! Takut pulak  , sebenarnya masa kita tak lama. Tak sempat untuk tunaikan. 

 
 
 
 

May 8, 2012

Hijab and Muslimah (siri 1)

Assalamualaikum wbt .. 


HIJAB 
' Wahai Nabi, suruhlah isteri-isteri mu, anak-anak perempuan mu juga perempuan yang beriman agar melabuhkan pakaian mereka bagi menutup seluruh tubuhnya sewaktu mereka keluar dan berdepan dengan khalayak. Cara yang demikian lebih sesuai untuk dikenal sebagai wanita yang baik, maka mereka tidak diganggu. Dan ingatlah ALLAH adalah Maha Pengampun juga Mengasihani.' 
Firman ALLAH (Surah   AL-Azhab : 59) 


Question: Apa sebenarnya HUKUM pakai tudung nie?
Answer: WAJIB !! (Ustaz Azhar : Pakai tudung itu TIDAK WAJIB. Tetapi MENUTUP KEPALA itu       WAJIB)..

Question: Awat buat pening kepala jer.. Cuba explain biar terang & jelas.. Macam salah jer hukum yang ustaz dok bagitau 2.
Answer: Mana ada salah hukum yang ustaz 2 bagitau. Betullah !!! Macam ni, hukum menutup rambut, kepala, leher dan dada adalah WAJIB. Dituntut oleh ISLAM dan diarahkan oleh ALLAH. Tapi pakai tudung itu TAK WAJIB. Maksud nyer : TUDUNG / HIJAB itu adalah satu insiatif yang kita buat untuk menutup aurat dibahagian kepala sehingga dada. Kalau taknak pakai tudung, nak pakai baldi ke, kaen batik ker, tudung saji jer, periuk ke..Pakailah.. Janji tutup bahagian yang WAJIB DITUTUP.. Jelas??? !!!

Question: Tapi xbest la pakai tudung. Tak modern la.. Rambut cantik-cantik sape plak nak tengok?? Dah warnakan, dah buat macam-macam style dah.. Kalau tutup, buat baziaq jer duit tue...
Answer: Sebenarnya, tak boleh nak kata 'terpulanglah, hak indidvidu. Lagipun kubur kan lain-lain. Dosa kau dosa aku, masing-masing tanggung la. Pandai buat, pandai simpan'...Tapi, bila kita dah cuba nasihat, tegur tapi tak nak ikut jugak, dah lepas tangunggjawab kot. InsyaALLAH..

Question: Dalam firman ni, ALLAH kata kalau pakai tudung, perempuan tu baik. Tapi tak semestinya. Ramai jer yang pakai tudung tapi buat maksiat, bertenggek atas motor, kuaq dengan jantan, lepak merata-rata. Tak betul la kot macam ni...
Answer: Sekurang-kurangnya mereka ada insiatif dan kesedaran nak tutup aurat dan ikut juga perintah ALLAH. Yang lain urusan mereka dengan ALLAH. Jangan pertikaikan sangat. Cuma, perspektif kita pada perempuan bertudung masih lagi sama kan?? Contoh : " Dia tu pakai tudung la, tak payah ajak dia pegi clubbing.... Dia tu kan pakai tudung, tak kan lah nak suruh die tipu jugak. Dia takkan buat punyer la... Ish, pompuan tu baik la, pakai tudung. Jangan libatkan dia lah.....Mesti die reject nyer aku ajak die dating, dia kan bertudung.." (Masih ade tanggapan macam nie. Tapi tanggapan yang bertudung tak semestinya baik pun memang makin berleluase skang nie. Tambahan keruntuhan moral tak mengenal tudung atau tak...) 


Question: Firman ni jugak ada sebut kalau kite tutup aurat akan dilindungi dari perkara buruk. Tapi sekarang nie banyak je perempuan bertudung kene rogol..
Answer : Itu menunjukkan salah satu keruntuhan akhlak dan moral manusia sekarang. Kita tidak boleh sewenangnya menuding jari dan membuat kesimpulan atas satu-satu kejadian. Banyak faktor yang mendorong akan terjadinya kes rogol.. (pergh ayat Mish memang gempak kan?)


  1. Muslimah tersebut tidak menutup 'cantik' aurat nya.
  2. Perogol apabila didorong syaitan dan nafsu sendiri tidak kenal erti MANGSA (bertudung atau tidak).
  3. Didorong nafsu selepas menonton video tidak senonoh. Melepaskan pada mangsa bertudung (itu yang kebetulan ada di depan mata).
  4. Pemangsa tidak tahu untuk menilai dan membezakan mangsa mana yang perlu 'dilakukan'.. 
(Selebihnya ALLAH lebih mengetahui)... 

Question: Tapi saya tak sampai seru lagi lah nak bertudung. Sape yang xnak pakai tudung kan..Tapi belum tiba masanya kot.. 
Asnwer : Saya dulu pun begitu jugak (nanti akan di-sharekan pada siri yang seterusnya). Lebih baik melakukan dengan keadaan TERPAKSA dari langsung tidak mencuba. Kerana dari rasa terpaksa akan timbul rasa SERBA SALAH (kalau tak pakai / On-Off) dan akhirnya akan rasa TANGGUNGJAWAB untuk terus pakai hijab. : D 

P/s: Conversations ni antara saya dan  pakar agama (ustaz / ustazah), juga diskusi saya dan kawan-kawan mengenai hijab ni dan dari bacaan serta tonton video dan rancangan agama. Bukan menuding jari atau niat ingin menjatuhkan perempuan yang tidak berjilbab. Sekadar berkongsi, mengutarakan pendapat dan yang PENTING PERINGATAN untuk DIRI SAYA SENDIRI = MIERA SHAHIDA. Kerana saya masih lagi dalam proses belajar dan perbaiki PENUTUPAN AURAT saya...

Aminnn :  D
(will be continue ..)  


May 6, 2012

~Miera's Come Back ~

 Back to the Blogger World !! 

  With the new post, new looks, new blog address, new spirit and new.....Erghhhhh. New, new la .. : D  

New starts ! Memang dah lambat pun nak start blog kan.. Tapi mood untuk tulis dah kembali !! 

Question: Kenapa hang ni asyik tukaq ja blog?? 
Answer : Suka ati la .. Dah aku nyer blog kan?!! 
              Takde la, sebab yang lama 2 dah lama sangat tinggal. Google dah create new look kan tuk blog. So, pe salah nya kite tukar plak. Nak edit yg lama MALAS !!! 

Question: Yang lama guna lagi ke tak??
Answer: Tak lah kot.. Bak kata pepatah, ' habis madu sepah dibuang + ' Dah ada yang baru, yang lama nak   buat apa laie??' (Jangan ikut ni, perangan dok chome langsung !) 


Question: Kenapa ko nie kejap ada, kejap tak ade? Hangat-hangat ta** ayam la ko nyer blog nie !!
Answer: Nak buat camne, masa tidak mengizinkan.. Kali nie, taknak janji kan pape. Ade, bace. Takde bace la orang lain nyer .. Kan melambak bloggers.. 

Question : Ape konsep blog ko yg baru nie ?? 
Answer : Takde konsep !! Suke ati je kot nak buat camne.. Tengoklah nanti aku pikir ek .. :) 

Question : Ko nyer blog nie takleh nak jadikan contoh langsung la.. Ejaan sesuka ati. Bahasa pun tak manis langsung ! Ayat lagi lah tunggang terbalik.. Ape yg ko nak share sangat sebenarnya ni? 
Answer :  InsyaALLAH akan ade perubahan dari masa ke semasa. Akan cube perbetulkan mana yang tidak baik. Akan cube perbaiki salah silap.. Hanya ingin menjadi diri sendiri dan berkongsi mana yang patut .. : D

Question : Ko buat blog nie serius ke, saja nak suke-suke or ko tengok bloggers popular, ko pun sibuk nak jugak femes2 nie?? 
Answer : Sekadar mahu berkongsi. Kalau ade mase banyak, mood nak tulis tu sentiase ade, pe salahnya teruskan selagi tak langgar batas-batas yang sepatutnya kan.. Kalau tetiba dapat sambutan, popular pe salahnya. Hahahah.. ;p

Question: Apa yang ko nak share nie sebenarnya?? 
Answer : Tunggu jelah ~ 

SELAMAT DATANG KE MIERA SHAHIDA BLOG !!! 

p/s: Yang baik kita amek, yg tak elok bace jerk jangan tiru !! 
(cikgu BM cakap nak buat ayat tak bleh mula dengan 'YANG') !!