Jom Kita Baca Sesama Nak Tak??

http://www.emocutez.com

WeLcOmE = Selamat Datang~

Assalamualaikum..

Celik mata, bukak laptop / PC , surfing internet..

After 18 hours baru realise : 'Eh, lupe nak mandi, tak lunch la tadi, homework belum siap !! Lupa nak bagi rabbits makan and blaa blaa blaa. '

(ok, intro totally OUT mish!! )

http://www.emocutez.com
DO NOT COPY ANY POSTS. Powered by Blogger.

January 29, 2013

Saturday with ??

(Saturday actually)
Nothing much wanna share about for today.. Nothing serious and funny or something to talk about but got stupid thing happen yesterday yang buat me like ' how stupid i am and how can be like that and how can, how can and can??' (too many question? It's happen M) And yes i know!!

Oh My..

.~ Yesterday for the first time i drove my car, Mr Eady (after he stuck in workshop, and yes because of accident, almost 3 weeks!) to hotel and everything is fine cuma rasa pelik sikit sebab for 3 weeks i'm using my mom's car and now change to my cute car. Gear rase pelik, pedal, semua lah! Gediks kan?? hehehehe..

After my shift, I was like tergesa-gesa lah nak pegi Sunway tak urgent pun cuma nak cepat since langit dah gelap, nak hujan and nak elak jem pun yer gak. Maklumlah Jumaat mesti jem giler nie! Dan ceritanya bermula lah.. Hala nak pegi Sunway tu dah jem, start kat bukit puchong lagi okeh. Gerak pukul 3, sampai ke destinansi dalam jam 4.00pm kot. Pastu dah hujan lebat selebat-lebatnya. Ambil barang jap and dpt call Mr. Asus tertinggal kat hotel. Oh No!!! Nak kene patah balik jem! Please, malasnya but harus ambil! Dari sunway jam 4.50 sampai otel kul 6.00pm!! Lama gila dalam kereta. Kalau tak, boleh sampai Melaka dah. Haiyoo. 

Kemuncak nya, kuar kete dengan tak matikan enjin, biar aircond on and wiper pun on.. Tutup pintu, pegi amek laptop tak sampai 5 minit. And bila nak bukak pintu kereta, LOCKED!! WHATTT???!! Macam mana boleh lock?? Tak pernah ade auto lock pun + enjin on lagi laaaa.. Adoi....

Called my bro to bring my key spare, stuck in jam and finally arrived at 8.00 pm.. Fuhhhhhh...


January 25, 2013

Eiiii Hampeh!


Assalamualaikum~ 

Geram betul tengok lelaki zaman sekarang nie ha. Dengan muka selamba, hembus asap rokok berkepul-kepul, kaki bersilang pangkah, ketawa terbahak-bahak, buat muka macho yang macam mintak penumbuk, tersengih macam kerang busuk bajet bagus. Relax je eh korang semua ni?! Dah lah tak pegi solat jumaat, dok bertenggek tayang muka, tak rasa malu langsung orang dok tengok. Lagi bangga ke per bila dok pamer diri ala-ala bagitau kat orang "Kiteorg ni tak solat jumaat tau..." !! 

Eiiii.. menyampah..!!!! Buweerrrkkk!!! Baik korang melepak dalam rumah, sembunyi sket diri tu. Biar lah orang tak nampak and malukan diri sendiri dari dok mencangak depan ni. Tak heran langsung eh korang ni?
Tak paham betul lah. Manusia akhir zaman. Beginilah. Makin berbangga dengan kelalaian diri sendiri, dengan dosa sendiri, dengan kesalahan diri.

 (Peringatan untuk diri sendiri juga agar jaga diri di dunia dan akhirat)

p/s: Berilah aku 'imam' yang masih menjaga dirinya untuk Mu, Kurniakanlah aku 'imam' yang akan membimbing ku. Walaupun tidak sempurna, namun biarlah terbuka hatinya untuk ke arah yang lebih baik. Kus sedia menerimanya demi Mu. Aminn ~ : D 

-MisH- 

*banyak nyer post shayer hari ni?? huhu*

Kahwin 2013??

Assalamualaikum..

Terkekeh shayer gelak bila bace komen teman sekolej shaye:  "mira yg kawin dulu nih nanti..dr kolej sibuk sgt nk kawin..hahaha..siap bgtau lecturer lg.." 

Bila pikir balik aduhai malunyer.. Macam manalah mase tu boleh plak bagitau kat kat lecturer and friends mase presentation ; " My future planning, have my own business, bla bla bla and of course married!! " ..1 kelas gelak and senyum-senyum.. Tapi betul lah kan.. Mestilah kahwin. Dah tanyer planning 5-10 tahun akan datang. Takkanlah tak mo kahwin.. hihiihi.. (bukan gatai ok, tapi fitrah dan usaha untuk meramaikan umat Mohammad SAW) 

Ok, dah.. malu!!! Mesti semua baca komen nanti nak kutuk, perli and ketawa terbahak-bahak.. Sengal!! hahahhha.. 

Awak-awak, Jom Kahwin nak??!! hahahahhaah.. 

Chumel la cake nie! 


p/s: Kidding ok.. Bukan nyer gatai merenyam nak kahwin. Jangan salah paham yerr~ 
     
      :  pssstttt...Shayer in relationship with ALLAH but still available for humans :D 

-MisH-

Pelanduk 2 Serupa !

Tadi kan Mish upload la photo muka cute ni kat fb.. (ececeh, perasan pepagi ni). Then kakak ku nazurah komen lah kat picture tu. Then others was surprise bila tengok muka kami lebih kurang sama! YE!! Memang betul pun. Muka kami hampir sama dan semua kata begitu!!

Kat sekolah teknik dulu ramai cikgu dan kawan-kawan yang tertipu ingat kami ni twin. hihi.. Kesian.. Sampai ada yang percaya je cite karut marut kami pasal family and parents. Yelah, dah tentu-tentu tarikh lahir dan nama ayah lain kan. Mana yang satu kelas ngan kiteorg tu akhirnya dorang dapatlah tahu jugak citer sebenar. Tapi yang lain-lain ada yang bertahun lamanya masih percaya kiteorg ni kembar!! Oh My~ Kesian korang.. Sebab bila kiteorg buat reunion 4-5 tahun after SPM, dorang still come out with the twin story and believe that we are twin. Haiyooo.. Shayer yg dengar ni terus tepok dahi!! hahahaha.. Kiteorg kelentong jela..Came out with the story yang kononnyer mak bapak terpisah, guna nama lain sebab nak elak dari keluarga tahu la pe la (ala-ala drama sket story dia), de family problem la, sebab korang tu beria sangat cakap kiteorg ni twin. And bila cakap just kawan je, eh xcaya plak!! Haa, amek ko, kena tipu sunat..!hihihi Tapi ingatkan dorang tu tak caya sebab ada unsur tidak logik disitu. Rupanya ada yang termakan cerita rekayasa tu. Aduhaiiii.. hihihi. Kelakar. Niat nak bergurau dah jadi lain dah.. 

Sorry eh korang wahai kawan sekolah ku :p

Sama tak?? WE ARE TWIN!!
(Nazurah kakak and me adik laaa)

-MisH-

Morning !!

Assalamualaikum..

Bismillahirahmanirrahim~ 

Chumel la bear nie!! 


Pagi ni tak tau kenapa, Mish rasa sangat bersemangat untuk bekerja sedangkan tido ciput je. Yela, semalam abes keje jam 11.00 malam. Tidur pun jam 2 pagi. Jam 5.50am dah bangun untuk bersiap pergi kejer. Kadang bila back to back ni, Mish ada rase lemau sket. hiihihi.. Ni tak plak.! Best betul rasenyer bila bersemangat untuk pergi kerja ni! 

Lagipun kerja ni satu ibadah. Jadi jom kita sama-sama bekerja dengan ikhlas. InshaALLAH nanti dapat keberkatan. :) 

(Google Image) 


Sebelum pergi kerja jom buat: 
1) Baca doa permudahkan kerja/urusan pada hari ni
2) Ayat kursi
3) Senyum dan niat untuk kerja dengan baik pada hari ni
4) Sarapan lah supaya dapat tenaga :) 

Berkatnya hari jumaat ni, Semoga ALLAH memberkati kerja dan hasil (gaji) kita. InshaALLAH :)


Breakfast my fav! (Remember, jgn gelojoh mcm ni ok! ) 



-MisH-

January 24, 2013

Wajah Baru!!

Assalamualaikum~

Setelah membelek, mengkaji lebih kurang, menokoh tambah, mencongak dan merepek-repek, terhasillah bolg berwajahsekarang ini! Hoyeeehhh~

Hihi.. Tau dah.. Makin childish with pink color, blink-blink, the cute emoticons laa. Ala, biarlah.. Di usia yang hampir senja ni shayer nak berimejkan begini.. Janganlah kutuk. Nak buat camne, masih ade lagi sedikit kemahuan hendak begini.. (Ehhh, ape daa ayat. Macam tak pernah pegi sekolah!) 

Dah tua baru pandai. Nak buat guane ye dak.. Kome semua dah tau awal-awal. Shayer ni terlambat. Nanti dah bosan, ingin menjadi dewasa, akan ku tukar blog ini sesuai dengan usia dan sepatutnya. Jangan risau wokeh. Shayer masih lagi sedar diri.. 

-MisH-

Tua Dah Ker??!!

Assalamualaikum~

Setiap hari update blog pe kes?? Apa sudah jadi? Hehehe. Disebabkan tahap kerajinan ku agak tinggi, semua kerja sudah dibereskan terlebih awal dari biasa, dengan bekerja pulak shift petang yang kurang tekanan dan kerja yang menimbun, haruslah shayer ni hidup lebih relax! Seperti makan gaji buta tapi sebenarnya tidak ok!! Hanya kelihatan di mata kasar mu sahaja.. Cewahhh!!! Hihihi.

Pada bulan 12/2013 umur Mish akan menjangkau 25 tahun!! Oh My... Shayer sudah semakin tua. Tak sangka. Rasa macam baru sangat habis sekolah. Cepatnya masa berlalu. Dulu Mish selalu membayangkan apa perasaan orang sekeliling bila umurnya dah melepasi 25 tahun. Dan sekarang ni, Mish melaluinya sedagkan masa berfikir tu baru sekolah menengah. Cepat nyer!!!

Sempena tahun 2013 dan akan merasmikan umur 25tahun ni, Mish sudah bertukar produk muka baru! Hihihi. Dah bape bulan Mish pergi survey produk muka apa yang Mish nak try yang sesuai dengan kulit muka dan faktor umur ini. Kononnya untuk anti-penuaan la sangat kan. Apa salahnya untuk menjaga kulit wajah dan badan sendiri. :)

Akhirnya, Mish telah memilih untuk cuba produk muka yang di-commercial kan oleh Miss FAZURA = NUTOX ! ngeee

She's so pretty !! 

Adorable!! 

Mish sangat lah jatuh cinta okeh dengan Fazura ni. Bukan sebab Mish ni lesbo yer adik-adik. Tapi sebab attitude, diri dia, kecantikan dia, cara dia bawa diri, exclusive nyer diri dia dan pe lagi eh?? Ntah, rasa macam memang minat dia lah. :)


Antara Product Malam For Night Use..

Setakat ni, produk ni memang best, sangat halus tekstur nya. Tak melekit. Kalau sapu kat muka rasa soft, comfortabe and tak berminyak pun. Sejuk and rasa cepat je die serasi dengan wajah kita.. Memang syiok lah!! Untuk permulaan, Mish beli dulu set malam and Mish beli yang promotion dalam kotak 1 set ada 5 produk kalau tak silap. Nak cuba lah dulu manalah tau tak sesuai dengan kulit, takdelah rasa membazir sangat kalau tak boleh guna dah kan. Tapi sampai sekarang ni ok je. Takde kesan sampingan and perbezaan rasanya kulit muka lebih halus dan rata. Sukanya!!! Hihi..So, Mish boleh lah continue guna this product and beli lagi tuk penambahan yang lain bulan depan. Yes!!

Duta Nutox! :) 


Untuk kesihatan pulak, Mish masih amalkan minum susu Anlene untuk tulang, Oat, diet biscuits, Jacobs untuk diet (yang memang sentiasa ada dalam handbag), Salmon + Brokoli, VCO + Collagen... Apa lagi eh?? Yang lain tetap merepek, choclate wajib! Hihihi.. So, takdelah menjaga sangat pun. Bantai jugak. hihi. :)

Ibadah jangan lupa tingkatkan yer. Makin tua, makin dekat dengan kematian walaupun tidak terjangka bila. Tapi basicnya, ingat jelah yang itu. Bukan makin tua makin menjadi-jadi pulak perangainya.

Jom sihat + cantik luar dan dalam diri kita?!

-MisH-

January 23, 2013

Trend Eh??

Assalamualaikum~

Scenario
'Sekarang ni dah macam trend plak kan. Baik artis mahupun orang biasa, sama je. Bila kahwin, berderet-deret orang akan kahwin. Bila berhijrah, pakai tudung, belajar ilmu agama. Kita akan dapat tengok ramai artis ataupun kenalan yang mula berhijrah. Pastu, trend terbaru yang jarang kita dengar (or maybe Mish sorang la kot yang tak tahu), bunting pelamin. Ramai pulak artis yang kahwin je terus 'bunting pelamin'. Eh?? Trend jugak ek?'

Dah memang rezeki masing-masing awal kan. Allah nak meriahkan family dorang agaknya. Alhamdulillah.

Ok, bagi yang tak tahu bunting pelamin ni apa. Maksudnya, usia perkahwinan yang baru sangat, dah mengandung. Maksudnya, baru je kahwin, dah pregnant dalam erti kata lain, baru 'bersama' dah 'lekat' dan takda datang haid dah.(Lebih kuranglah..). Normalnya mungkin selepas 4 bulan ke atas la kot, baru lah kita dengar pengantin pregnant 2-3 bulan kan?
(Kalau salah info sorry eh. ) 

So, trend or tak sebenarnya semua itu rezeki masing-masing. Perkahwinan, itu rezeki. Tuhan dah bagi rezeki untuk mereka berkahwin, cukup duit, dapat pasangan, sudah terbuka hati, sedia galas tanggungjawab. Bunting pelamin juga rezeki Allah yang sangat pemurah, beri rezeki terindah untuk sebuah perkahwinan dalam tempoh yang sangat singkat. Untunglah kan?! Kenapa nak pertikaikan kononnyer mesti dah pregnant dulu sebelum kahwin la bal bla bla. Hijrah juga rezeki dari Allah. Untunglah seseorang itu dapat rezeki hidayah untuk berhijrah dari keburukan kepada kebaikan. Janganlah sibuk nak pertikaikan kenapa orang tu pakai tudung, kenapa orang ni ikut kelas agama. Dahlah kita ni tak berubah-rubah jadi baik, pastu sibuk nak persoalkan orang lain jadi baik. Rimas ok bila orang kepochi giler ni. Semua benda nak diperbesarkan, nak jadikan isu, nak debat benda yang tak patut. Emosi terlebih... Kenapa kenapa kenapaaaa??!!

Ehem...Shaye plak tetiba emosi. hihihi.. Dah-dah. Tak payah pikir sangat hal orang lain. Tak payah nk huraikan bende tersurat tersirat semua. Baik doa pada ALLAH agar kita juga diberikan rezeki yang baik seperti mereka, dapat kahwin, bina family, pregnant, dan hijrah ke arah kebaikan. Kan bagus tu. :)

-MisH-

January 22, 2013

Kenapa Mesti Kongdem?

Assalamualaikum~

Kenapa mesti kongdem apa je yang orang buat? Kalau memang salah, oklah kan nak kongdem tapi cara nya biarlah betul supaya orang tak terase. Tapi ni, setiap hal mesti nak kongdem. Apa ni?!!!

Scenario 1.
Question: Ko baca novel ni?
Answer: Haah. Kenapa? Best tau.
Question: Eiii, geli la ko ni. Jiwang habes! Orang tak bacalah novel jiwang-jiwang ni. Kalau suspen ke, horror ke, barulah gempak. Macam harry potter tu.

*Ada aku suruh ko baca ke? Aku beli guna duit ko eh? Tak tanya pendapat ko pun! 

Scenario 2,
Question: Eh, sape yang beli notebook warna pink ni?
Answer: Aku..
Question: Ko?? Asal ko beli pink?
Answer: Sebab cantiklah. Aku kan suka pink.
Question: Eii, tak rock langsung. Ade ke pink warna b***..Geli la wei, cam ladies sangat je ko ni. Takde warna lain ke?
Answer: Notebook tu bukan aku beli bukan tuk ko pun!

*Setiap orang de favorite color masing-masing. Suka hatilah nak beli color ape pun! 

Scenario 3,
Question: Kereta baru eh?
Answer: Haah. Baru je dapat minggu lepas.
Question: Kenapa beli kete ni je? Second hand ke?
Answer: Haah, second hand tapi baru lagi ni. Tahun 2011 punyer.
Question: Ada ke beli second hand. Beli lah yang baru, terjamin, dari kilang, Ni beli secondhand macam miskin sangat je.
Answer: Sama je rase nya. Lagipun pe salahnya yang 2nd, janji elok lagi kan. Jangan lah pegi cari yang buruk punyer.
Question: Aku rase better beli yang baru, takdelah malu sangat nak drive and cite kat orang.

*Oh My!! Biarlah nak beli baru ke lama, tak ajak share duit pun beli kereta!!

Scenario 4, 
Question: Ko beli laptop ni je? Asal tak beli yang Watermelon?
Answer: Mahal sangatlah, lagipun ni ok gak pe.
Question: Ish, mana ok. Tak elok. Nanti kalau pakai 2-3 bulan dah rosak. Tak caya aku ngn brand tu.
Answer: Ok jelah.. Ramai je orang pakai.
Question: Ko pegi ikut orang ramai buat apa?
Answer: Takpelah, kalau guna elok-elok, takdelah cepat rosak.
Question: Kalau aku, beli Watermelon dah. Buat bazir duit je ko ni beli yang ni. Ntah pape. Tak pandai langsung nak nilai.

*Dah kalau mampu sangat, ko jelah beli. Tak payah nak komen orang punyer! 

Ntah pape kan? Suka hatilah nak beli yang mana, pakai apa pun. Kalau betul tak ok, tak elok tegur lah dengan cara yang berkhemah. Janganlah buat member tu rase down. Kadang kemampuan, pendapat dan kesukaan kita lain-lain. Tak semuanya samakan?! Pendapat memang diperlukan, tapi kalau dah bajet bagus memang nak kena tolak dari bangunan tingkat 12 lah kan. So, please la guys. Support is more important than kongdem tak tentu pasal. Nanti silap-silap muka lebam kiri kanan, haaa barulah kenal erti penyesalan.

Ha ni lah makan dia!! (Source: Google image)


Example: 
A: Ko beli kete secondhand eh?
B: Haah. Tak ok ker?
A: Ok je, janji ko pandai cari yang betul, yang condition die gempak lagi. Kena pandai sikitlah bab ni sebab takut kene tipu je dengan salesman kan. Yela, dorang lebih pro. Kalau putar sikit, kita dah menganga dah.
B: Betul. Tapi aku rase dah ok kot. Aku dah test dah ni. 
A: Kalau ok, no problem. Angkut je..Cuma kalau beli yang baru tak yah nak was-was sangatlah kan. Kalau ada pape pun under warranty. Tapi secondhand not bad. Janji de kete, elok lagi, tak rugi kita ye dak? 

Kan bagus cenggini. Barulah semua orang puas hati.

-Mish- :)





January 21, 2013

Hari Isnin yang Lesu.

Assalamualaikum~ (baca dengan nada yang lemah yer sebab shaye memang lemau nie)

Hari ni sangatlah letih, lesu, sakit kepala, mata pedih, semua ada lah. Hemm.. Malam tadi night shift buat audit, 11pm - 7 am. Kul 3pm dah msk afternoon shift dah. Dengan mata yang rabak, tak lena tidur siang td, kepala sakit, tak makan dari semalam. Berdenyut-denyut dah kepala ni haaa..Mata pedih, senak, cam kene cucuk! Huhu.. Memang dulu dh penah pun keje back to back tp dah lama tak keje malam ni. Kalau back to back dr afternoon (3pm-11pm) ke morning shift (7am-3pm) ok lagi. Letih, tapi takdelah lesu sangat sebab memang rutin and lumrah malam mesti tido kan. Ni, dr malam ke ptg dia rase lain sebab kita dah songsang the routine. Huhu..

Takpelah, nama pun keje kan.. :)

Cepatlah balik. Nak tido kt bilik.

January 20, 2013

Night Shift !

Assalamualaikum ~ 

uhuk-uhuk..Sakit tekak + dada okeh sebab ni first time shaye keje malam tuk branch baru ni!!! Oh NOOO..huhu.

Nak jadi manager yang bagus haruslah tahu buat night audit kan, rase suasana keje malam di tempat baru, tengok environment hotel time malam kan. Nanti senanglah nak ajar staff baru nanti. :) 
(Ayat nak sedapkan hati) 

Padahal nervous okeh! Nasib lah malam ni ramai orang. Bilik full!! Tak payah nk buat sale, tp bosan plak.
Mish bukannya ape, tempat baru ni cam sunyi sket, pastu gelap je kan. Kedai semua jauh and bukan 24hours pun. Sorang-sorang je. Tu yang cm best + takut je rase. Tapi so far ok je ni. Pak guard pun dh tukar baru, die ok. Berjage takdelah tido je keje nyer kan. Buat keje elok la setakat ni. Yang lama? Shaye sudah memecat beliau sebab pemalas, tido spnjg mase, tgk tv and melawan ckp!! Jadi, dengan kuasa veto yang ada, telah shayer memanjangkan, mengadu nasib pada boss besar shaye dan beliau telah dipecat! hahahah :P 
(Bukan suka sebab telah hancurkan periuk nasi beliau, tapi sebab dapat pak guard baru yg bagus masa shaye night shift nie. Takdelah over risau! ) 




Muka bushuk shaye malam nie! 


Muka basi shaye dah start ngantok (1.31 am) Oh No!! 

Tadi tergerak hati nak call hotel dulu sebelum dtg. Tetibe afternoon shift cakap, tadi otel blackout, astro and wifi xbleh guna. I was freaking out!! OH MYYY !! Shaye penakut gelap .. Camne nanti kalau time shaye on shift blackout???? Gilaaa!! Dengan hati yang berdebar, shaye telah bwk lampu suluh berkonsepkan pelita dengan LED yang super banyak okeh. huhu . :p And bila shaye datang, nasib baiklah semuanya dah ok. Maintenance pun dah repair pe yang patut, astro pun shaye dh set up balik, wifi pun shaye dah betulkan dan yeahhhh, semua OKK !! :) 


Nilah lampu pelita LED shayer :) 


Oh tidak! Silau lah !! :p


Muke cool bila semuanya berjalan lancar. Syukur :) 

So, diharap malam ni dgn esk berjalan dgn baik.. Tak ade apa masalah lah hendaknya. :) Dan sentiasa dilindungi ALLAH. InshaALLAH .. Aminnn

Salam and nite2. 
 p/s: Jgn lupa baca ayat kursi, 3kul, Al-fatihah, doa tido yer.. Dan niat dalam hati, memaafkan semua orang dan menjadi lebih baik utk esk sekiranya masih bernafas, minta ampun dan doa tuk ibubapa. Bismillah :) Sila tidur, shaye nak jadi mak guard nie :)


January 10, 2013

What Genre You Like M?

Question: Do u love watching movie?
Answer : Super duper !!

Question : What genre u in to?
Answer : Always, horror, thriller, action, romantic, comedy, action, sci-fi

Question : The most u love, u will download more, searching first?
Answer : Horror & thriller

Question : Why?
Answer : Just want to. Maybe... hemmmm

Question : Are u really ok with the movies like that?
Answer : Hem, It's horrible but I still want to watch it .. 

Question : How about musics?
Answer : RnB, hip hop, pop, ballads, rock (sometimes) and simple music. :)  

 Question : In love with that genre, make u feel like what??
Answer : I think, this is me..

-M-

January 8, 2013

KENAPA EH??

Salam~

Kenapa ek kalau baca paper je, mesti ngantok! Serius!! Tak kesah la baca pagi ker, ptg ke, malam ke.. Sama je.. Pelik betul.

Otak nie tak boleh nak terima ilmu ke pe. Baru nak baca benda berfaedah sikit mula lah ngantok. Pelik nya paper je. Kalau magazine, novel, buku (ilmiah) relax je.

Agak-agak kene pegi jumpa pakar tak?? hahaha..

-M-

January 7, 2013

Blogs Yang Best!!

Salam!! (Sergah korang!! )

1) Zack - Realiti Konspirasi ,  http://zackzukhairi.blogspot.com/
- tentang pengalaman, perantauan..

2) Maria Elena - http://peliks.blogspot.com/
- pengalaman, isu semasa, promosi

3) Shea - http://www.myamethyst-shea.com/
- hijaber fashion

4) Nurdani - http://nurdaniub.blogspot.com/
- excel drawing

5) Mat Luthfi - http://www.matluthfi90.com
- kehidupan sempoi

* Try la bace! best tau : D hehe

-MiSh-

Aktiviti 12 Jam !

Assalamualaikum~ 

Lately ni Mish tiap-tiap hari kene OT, keje 12 jam!! Sebab tak cukup staff ler. Haruslah shaye yang baik hati ini meng-coverkan otel. Dulu mengeluh, sebab lama + bosan kot kalau tersadai lama-lama kan? Sapa nak?! Tapi bila di-positivekan, dah berazam baru, dh di brain-wash, muhasabah diri, ikhlas lah bila bekerja, nanti mesti OK je. Betul!!! Lagipun, dikira OT, tak salahkan. Nak duit banyak, keje pun kene lah lebih kuat, rajin, lebih masa kan? Lagipun bukan pegi membajak sawah pun!! Baju pun dari pagi sampai malam tak kedut!! (ibaratnya lah).

Rehat memang lah kurang, tido xcukup, makan kadang terjaga, kadang tak. Biaselah tu kan. Tapi yang peliknya, Mish ni SANGAT SUSAH NAK CUTI okeh!!! Susah gila.. Mana ada amek cuti or buat mc tipu, emergency leave.. huhu.. So, Mish realize yang sebenarnya Mish nie suka bekerja. Ala-ala workaholic gitu~ (maluuuu`)

(Panjangnya mukadimah shaye! Dush2) 

So, disebabkan Mish nie keje 12 jam, jadi panjang lah akalnya nak cari ideakan supaya tak bosan.

1)  On9 of course!! (tapi lepas semua keje dibereskan) 
2) Novel / Magazines!! 
3) Movies 

Alamari, drawer, meja, office dah berapa kali dah Mish geledah, kemas balik. Susun lah ape la.. hahaha.. 

Thank you. 
(Tergantung lah, lantaklahhh~ ) 

January 5, 2013

Accident !!

4/01/2013 - 08:40 pm..

Berdentum kelisa handsome ku. Dah ternganga mulut. Capai h/p, perlahankan radio, unlock pintu, and keluar dengan rase... rase.. rase ape eh??

Tengok muka kelisa.. Apa?? Dah tak handsome dah?? Hidung nyer yang mancung cam zizan, dan kemek ke dalam macam... macam.. macam sape eh??? (no komen)

Ingat kan Mr Eady dengan En. Honda je. Rupe nyer ade lagi 2 buah kete.. (Kenari + Vios) haaaaa.. Saya ke langgar mereka semua ni? Confused!!! Vios + Honda lelaki, Kenari + Kelisa pompuan. Semua chinese and only me - Malay!

En. Honda + En. Vios datang and ambil pic Mr Eady + roadtax and cakap: " U last sekali, kalau u tak salah pun, tetap u salah jugak.. Report and claim la. " Then terus lesap tinggalkan kami, perempuan2 ni yang terpinga-pinga. Teruk betul. Baru nak tanya Mr Eady + Miss Kenari boleh jalan lagi ke tak. Sengal betul! Dorang nak blame shaye!!! Tau lah Mr Eady belakang sekali!!

Pergi park Mr. Eady kat area Hotel Sun Inn Puchong 1, tunggu kawan dtg and lepak kejap la dgn Miss Kenari tu. Nasib la de jgk kawan and dia ok kan. Park je kereta, tak sampai 5minit datanglah lelaki yang orang panggil 'piun' eh?? Yela kot. Tetiba je muncul tengok2 kereta, snap pictures and explain solution of the case la. Sudahhhh~ 10 minit kemudian, geng lain lak muncul. Dah macam kene kepong dah kiteorg nie dengan mamat2 piun ni. Siot btl. Dah cakap tak nak dah. Tapi tetap jgk dok tercegat situ.. Eiiii..

Half and hour, bile Din pun dah ade, kawan Miss Kenari pun dah de, kiteroang gerak pegi IPD Serdang kat Kinrara nak buat report. Mase tu pukul bape eh? 10 kot.. Tak ingat dah. Rupenyer ramai yang accident malam tu. Huhu. Masing-masing sibuk nak buat report.. 20 minit, abah pun sampai. Kesian abah, dah la ade dinner, kene skip camtu je. Pastu tak makan pape pun lagi. Pegawai yg bertugas baik kat kaunter + sarjan kat dalam (yang amek lisan) baek and sporting okeh! Syiok plak buat report nie!

Huhuh.. Ingat kan cam kerek ke kan, and desak kita bagi keterangan sampai kita ter-putar belitkan cita. (Yela, accident. Bukan edar dadah dia nak jerit terpekik suruh kita mengaku. Hok alohhh..)

'Kat Police Station tulah baru tau ruper nyer En. Vios nie emergency break and Miss Kenari langgar En. Vios. Sebab kan emergency, En. Honda tak sempat break and langgar Miss Kenari, and shaye yang terkejut sebab emergency break dari En. Honda langgar plak En. Honda and En. Honda sekali lagi langgar Miss Kenari. Aiyooo~' ..

Tapi disebabkan saya yang belakang sekali senanglah nak blame on me je kesalahan tu!! Nasib Miss Kenari tu jujur ikhlas tulus mulus suci murni ok cerita hal sebenar. Walaupun undang-undang boleh salahkan saya secara mata kasar and kena saman!  Tapi, at least bila tahu bukan sy yang punca nya rasa lega sangat. Tapi pengajaran lah buat kita kan. Tak terkena, tak beringat.

Hopefully, walaupun benda buruk jadi awal tahun ni, harap ia nya bukanlah permulaan yang buruk untuk tahun 2013 saya.

Drive Safely guys! :)

Salam..~
-Mish-


January 1, 2013

Just Sharing..

Question : Baru nak share???
Answer: Haah, baru terase nak tulis pasal nie..

Question : Lambat. Dah basi dah cite tu la..
Answer : Biaq pi laaa

It's about my besday celebration.

On 11th December 2012, me - morning shift. Tukar ngn staff lain. Kalau afternoon what for kan? Xde feel la  besday shaye tu. Tgk fb and check msg banyak wishes :) yeyeye.. hati berbunga-bunga, hidung kembang kempis. hihi.. Best nyer!!

Boss bawak pizza hut yang baru!! Yeye.. Dia sanggup datang and bwk pizza. Yela kan, time tu public holiday. Almaklumlah shaye nie same besday dengan Sultan Selangor. :)

Makan Pizza Hut tapi sorang-sorang je sebab boss drop by jer.. 

nie 2nd time mkn pizza actually. Just nak tunjuk niela boss sy yg best gile 2!! 

Malam, Din bawak pegi makan kat Sunway Pyramid - Tony's Roma. Berdua je. 

Ni menu yang shaye makan! 

Ni la Din 

Melantak, tapi sure xabes punyer. Jawabnye, tapaulaa.. haha

Tetibe b4 balik tu de surprise la!! Waiters nyanyi lagu besday, bwk dessert and teddy bear!!!

Mr Cat!!! meow2.. 

Besday Gift from ABAH : D (Mr Fuji rosak. Cedey :( . Dapat awal actually this lappy) 

Cake Secret Recipe from Abang Masri!! Sebijik, hamek ko! hahaha

Last kopek nyer present the end of December 2012.. On 30th December, 9.00 pm is : 

Tadaaa!!! Best kan?? One of my dream, ade Mr. Aqua kat bilik (time nie kt dapur la sebab nk test) BESTT!!

So yes, the end of my birthday.. Dah habes dah..My present for myself? Jangan ckplah.. Habis banyak okeh!! Ngan perfume, handbags, baju,lipblams lagi.. Macam2 lah! Haiyooo.. huhu. Bile habis duit je, mesti nak sedapkan hati cakap : " it's ok, present for birthday." 
Kalau setiap bulan plak : "It's ok, rewards for myself, keje macam nak gile kan." 

PADAHAL MEMANG SHOPAHOLIC!! 

Salam~ :) 









HAPPY NEW YEAR !!!

Here's come 2013.. Woohoooo~ Dah 2013?? (mate terkebil-kebil, kelip-kelip, gedik-gedik.. APAKAH??)

Like seriously 2013? What date is today? Today is 1st January of 2013!!!

Fuyooooooo!!~~ (ape sebenarnya nie? Confuse~)

Cepatkan masa berlalu. Tetibe cam dah 2013. Alhamdulillah... :) Diberi kesempatan untuk bernafas sehingga ke tahun baru ini.
2012, banyak perkara yang berlaku. Ujian dan dugaan, mematangkan diri, inshaALLAH.

Harap-harap 2013 ni lebih bawa erti, lebih manfaat, lebih berkat, lebih kepada kebaikan, kebahagiaan, kecermelangan, kegembiraan. InshaALLAH..

I Pray to ALLAH, 2013 : Please be nice to me. Please make me feel better.

1)  Discipline - save money, punctual, diet, healthy, fitness, beauty..
2)  Kindness - Less kindness to other people, which mean buat baik berpada-pada sebab 2012 dah tunjuk pengajarannya kan? :) Tapi jd yang lebih baik untuk mereka yg berhak like family, friends, and myself!
3)  Love - Show more love to family, friends, MYSELF, my rabbits and fishs, Mr Aedy (car), my stuff. : D
4)  Responsibility - Lebih bertanggungjawab dalam apa jua.
5)  Careful - Careful dear, don't' ever let anyone make u down.

Pokoknya mau jadi super duper better person la tuk tahun 2013 ni yaa. : D

Assalamualaikum~

p/s: Btw, ari nie shaye keje..working on public holiday + OT 4 hours = 12 hours working???? Ikhlas MISH, itu kan rezeki. Nak datang 1 perkara kebaikan, mesti lalui susah sedikit dulu kan? :) Jadual keje shaye tuk bln nie padat and back to back!! Makin besar la eyebag shaye.. hemmmmm~

1st picturetaken on 2013 (ignore my eyebag.besar and berat kot!)