Jom Kita Baca Sesama Nak Tak??

http://www.emocutez.com

WeLcOmE = Selamat Datang~

Assalamualaikum..

Celik mata, bukak laptop / PC , surfing internet..

After 18 hours baru realise : 'Eh, lupe nak mandi, tak lunch la tadi, homework belum siap !! Lupa nak bagi rabbits makan and blaa blaa blaa. '

(ok, intro totally OUT mish!! )

http://www.emocutez.com
DO NOT COPY ANY POSTS. Powered by Blogger.

July 25, 2012

Doa untuk mu Perempuan


Semakin banyak perkara buruk yang terjadi kat luar sana. Jenayah makin meningkat.. Rogol, bunuh, culik, rompak, ragut, makin menjadi-jadi sekarang ni. Duduk kat rumah sendiri pun tak selamat, naik kereta sendiri pun seriau.. Kat tempat orang, lagi la takut. Jadi, amalkan baca doa ini bagi keselamatan kita kaum perempuan yang memang diketahui agak lemah kudrat nya untuk melawan perkara-perkara yang tidak diingini. Jadi, bergantunglah kita kepada ALLAH SWT. Hanya DIA yang mampu melakukan apa sahaja, menjaga, dan merawat kita tak kira apa jua sekalipun.. 

Ya ALLAH, Engkaulah pemilik diri hamba dan bukan hamba tuannya. Maka, hamba serahkan diri hamba dibawah jagaan Mu YA ALLAH.. Semoga hamba dilindungi di dunia dan di akhirat. Begitu juga muslimin dan muslimat sekalian. aminnn..



July 24, 2012

KO NIE BERHIJAB KER-IKHLAS????!!!!

Magazine Baru KHAS untuk Muslimah BERTUDUNG !!! (Excited!)

Question : Sekarang ni berlumba-lumba perempuan dok pakai tudung pasai apa??
Answer : Baguslah macam tu. Berhijrah ke arah kebaikan kan sangat dialu-alukan.. :)

Question : Yelah sangat !! Ntah-ntah sebab nak ber-fashion jerk. Sekarang nie zaman hijab-hijab nie tengah 'in'.
Answer : Tentang tujuan dan niat utama mereka, urusan mereka dengan TUHAN.. Sekurang-kurangnya, walaupun tidak berapa ikhlas untuk bertudung, tapi mereka tutup jugak aurat di khalayak ramai. Tangunggjawab dorang terlaksana la jugak.

Question : Tapi lebih baik tak payah pakai langsung kalau sibuk nak fashion jerk ! Kan???
Answer : Bila kita sibuk mempersoalkan tindak tanduk orang yang kita sendiri kurang jelas, kenapa tak soal diri sendiri ? Terlalu banyak soal, terlalu pandai keluarkan pendapat, terlalu pandai 'baca' pemikiran orang lain, terlalu cerdik untuk menilai... Pasti kamu semua sebenarnya BIJAKSANA dalam hal HUKUM HAKAM nie kan?? Kenapa masih tak pakai tudung??

'PEDEPEK' !!!

(rasa macam setepek, penampar kene kat muka! Ok, serius sentap !! ~)

Bila sesuatu perkara terjadi, sesuatu isu timbul, mesti kita akan persoalkan betul? Takpelahh, setiap manusia, ada pendapat masing-masing. Ada soalan yang akan timbul dan akan jada jawapan untuk setiap soalan. Sebab itulah salah satu kelebihan otak yang ALLAH bagi..

(* So, guna lah otak tu untuk berfikir baik buruk. Pakai lah Tudung !! ) - suara sinis..

Shhhh.. Nak suruh orang lain buat baik, bukan begitu cara nya .. Jangan lah kasar-kasar, guna bahasa yang kesat, perli-perli..

Chill la !! Cakap elok, manis, lembut, ayat best kan lebih bagus.. Tak payah nak buat orang sentap dengan mulut lazer , konon nya nak tunjukkan kita cakap nie semuanya betul padahal cara kita cakap tu salah.. Orang akan salah tafsir niat kita..

Ini tidak, kawan baru nak test shawl, yang lain dah terkekek-kekek ketawa. Ada yang jeling semacam, mata terbeliak, buat muka tak percaya dan lebih teruk bila direct jerk perli-perli :
"Ko ni dah kenapa?? Buang tebiat plak nk pakai tudung?? Dah nak mampos ker per??"
" Dah tobat ker cik akak oiiii?? Tetiba ingat mati ke? Dosa punyalah melambak, ada hati nak jadi baik plak?"

Pemikiran orang yang cetek memang akan terus pikir macam tu. Semua benda baik tak pernah nak support, buat main, pandang sambil lewa. Tapi, kalau benda jahat, bukan main lagi bersorak suka, rasa COOL giler lah kalau dapat tunjuk kat orang yang kita nie teror buat jahat.. Pelik kan???

Berhijab satu perkara yang memang DITUNTUT dalam ISLAM dan sangat lah disuruh oleh ALLAH SWT. Islam itu sangat indah, suci dan memelihara. Salah satu cara untuk memelihara kesucian adalah dengan berhijab. Tak kisahlah perangai buruk ke, latar belakang teruk, muka hodoh, akhlak hancur.. Tapi kalau berhijab, ianya satu imej yang bersih. Namun, keikhlasan sangatlah diperlukan dan lagi bagus kalau telus niat bertudung kerana ALLAH..

Apa-apa pun, ini hanyalah pendapat Mish.. InsyaALLAH, ALLAH tau niat kita. :)

Assalamualaikum ..~

July 23, 2012

Nervous !!

Everyday made me nervous, confused, and afraid. My new job just ok, but the tasks and the shift put me in the dark everyday and every second. I couldn't stay with peace for a second.

At the first side, I love this job. I try to love deeply and try to make it serious as my career. But the situations, management, safety, environment drive me crazy..

And now, I really scared about my job, myself.. I'm not confident with everything happen around. Actually, I try harder to enjoy my life now, here with the new 'me' and career..But everything like kill me slowly.

I just can't take it any more.. I really afraid..I'm scared..

I really want this end quickly. Please, make me peace again~ Please, I'm begging for a life, for me.. Just for me !! I really want it, its mean a lot to me - a PEACE ~

July 20, 2012

StOrIeS~

Memang dah lama Mish menyepi.. Banyak sangat perkara yang terjadi. Perkara yang tak dijangka dan perkara yang boleh buatkan Mish pening kepala. 

Perkara baik, buruk, sedih, gembira, kecewa, terkejut, kepercayaan, keruntuhan, semangat, kepenatan, kasih sayang, benci, sakit hati, marah, cinta, ketakutan, keberanian, kegagalan, kejayaan, keluarga, kawan-kawan, umat Islam.....Banyak lagi la.. Susah nak cakap! 

Ada yang boleh Mish share, ade yg terlalu personal nak share. It's ok, kita share citer yang best2 je ok. :) 

Mish dah de keje baru!! hehehehe.. : D

Dulu kan Mish teacher..Skang nie Mish keje lain dah. Kat hotel jerk.. Takpelah, timba pengalaman dalam bidang lain kan bagus. Nanti boleh cuba yang lain pulak. Tak semua yang kita nak akan dapat dan tak semua yang kita rancang akan menjadi. Yang penting kita kene usaha, cuba, lakukan yang terbaik, dan nanti barulah nampak hasil nya. 

Terus terang, Mish masih lagi mencari sesuatu yang bebetul kena dengan diri Mish. Sesuatu yang takkan patahkan semangat Mish dengan cepat. Sesuatu perkara/pekerjaan yang akan Mish perjuangkan, usahakan dengan bersungguh-sungguh. 

Mish banyak kekurangan, sedar tapi belum lagi berubah. Mish nak jadi seorang yang baru, seorang yang berani dan positif. Tapi Mish kene lebih usaha dan bersemangat tinggi. Mish nie hanya hangat-hangat tahi ayam. 

Macam-macam nak story nie sebenarnya, tapi Mish sekarang on shift.. :) So, tak boleh sangat nak citer panjang-panjang. Nanti kita sambung ok ..!! Lebih teratur dan mendalam kisah nya. Ecewah!! 

Much LOVE - Mish :)