Jom Kita Baca Sesama Nak Tak??

http://www.emocutez.com

WeLcOmE = Selamat Datang~

Assalamualaikum..

Celik mata, bukak laptop / PC , surfing internet..

After 18 hours baru realise : 'Eh, lupe nak mandi, tak lunch la tadi, homework belum siap !! Lupa nak bagi rabbits makan and blaa blaa blaa. '

(ok, intro totally OUT mish!! )

http://www.emocutez.com
DO NOT COPY ANY POSTS. Powered by Blogger.

March 31, 2013

Girlfriends shaye Kahwin laaa awakkk ~

Assalamualaikum ~ 

Starting March 2013 ni, sangatlah ramai okies GF shayer mendirikan masjid ..Alhamdulillah.. Semuanya yang rapat pulak tu. Habis dah dikebas dek orang uollss. Achaner, Mish je yang terkontang kangting. Tinggal 1 group GF je yang still single but not available. Gojes group - Mish, Tasha, Didi and Dayang. : D (Perasan gojeshh.. Biarlahh. :) ) 

Kalau ikutkan hati, memang semuanya Mish nak attend, tak nak tetinggal 1 wedding pun. Tapi nak buat camna. Terpaksa juga miss 2-3 wedding. Maklumlah, shayer ni keje otel, tak tentu masa. Cuti bukan weekend pun. :( 

GF's, please jangan kecik hati okies. Jangan pulak balas dendam takmo datang wedding Mish nanti. Cedey okehhh.. Muah korang!!! 

Semoga bahagia til JannahtaulFirdaus, dimurahkan rezeki, anak yang soleh dan solehah, ister yang baik, diberkati ALLAH SWT. Doa-doa yang baik mengiringi perjalanan hidup kalian. Love u GF's.. !!! Hug + Kiss !! 

Erin, bff dari PLKN ! Muah u Gojess !! 


Tengok pelamin dia sangat lah cantik!! 


Wedding Nana, BFF dari SMTPD 
(yang specky 2 orang ni akan kahwin bln 5 nanti. Tunggu entry n pic special pasal wedding dia sebab Mish orang penting ookies!! ) 


Wedding Fain, BFF dari SKJHT 1. (Primary school. Cedey tak dapat datang :( )

-Mish-

March 30, 2013

Match Maker~

Assalamualaikum.

Sedang shayer menggodek-godek hp, berwassup and ber-0n9 bersama bff dan hotel mate, tetiba je 'ding' !! Wassup dari hot cousin..

Cousin : "Mira, keje ke?"
Mish : "Jap lagi. Kenapa kak?" 
C : "Oooo.. Skang de bf tak?" 
Mish: " Eh, kenapa tanya camtu?" (Dalam ati, mesti de udang disebalik batu ni. Musykil2) 
C : "Saje je nak tau. Lama tak borak-borak kan. " 
M : "Oh.. Kawan-kawan je skang ni. Malas pikir. " 
C : Ade junior kat opis akak ni, hensem tau. Graduated Aussie lagi. Budak Ipoh. Kebetulan junior akak time sekolah Ipoh jugak tu. 
M : (HAAA!! Dah agak dah. Mesti nak kenen kan aku ngan kengkawan dia ni.. ) .. 
Ohhh.. Ha, patutla tetiba je tanyer bab-bab ni haa. Hahahhaha .. 
C : " Dia baik tau. Kesian dia gf .. bla bla bla.. Budak baik, tolong mak .. bla bla bla.. Full scholarship, oversea, SPM straight A's, bla bla bla.. "

(Hahahha.. kelakar la bila nak dikenen-kenenkan ni haa.. Adakah Mish tak laku? Memilih atau memang mengada-ngada??)

M : Ohh.. Hebat sangat lah mamat tu. Kita plak bese-bese je. Malu laahh. Segan.. 
C : Akak send pic dia eh. Ok tak? Send la blk pic miera if nak berkawan.
M : Takpe, suh la dia add FB je. 

(Cita telah banyak dipotong. Privacy. hihihi. ) 

* Feel2 remaja gitu, zaman sekolah yang kawan dok sibuk kenenkan dan kenalkan ngan budak laki baru dari sekolah lain, atau abg angkat la pe la.. hahahaha.. Yelah kakak sepupu ku.. Mekasih. Niat mu sunnguh murni nak tengok shayer ni bahagia berteman. In sha ALLAH .. Jodoh tu tak kemana : D

*Bukan cousin je yang cenggini.. Kawan pun sama. Siap nk kenenkan adik ipar sendiri kat Mish. Biar kiteorg jadi biras. Baru lah best kan, boleh pegi shopping sesame etc. Tinggi sungguh angan-angan mu cik  girlfriend. Hahahaha.. :)

-Mish-




March 29, 2013

Shopaholic atau Reward??

Assalamualaikum~

Setiap bulan mesti azam nak simpan lebih dari target. Kalau selalunya simpan RM 500.00, next month berazam nak simpan RM800.00 - RM 1k. Punyalah semangat, nakmo g jejalan ke shopping complex dan butik-butik sebab takut terjebak!! Dahlah Mish ni bila time shopping tu tak hengat dunia..

Tapi problemnya, makin berazam, makin banyak pulak dah duit yang abis. Bukan untuk menyimpan tapi shopping!!! Gosh!!! 

Awal-awal bulan baik je pegi save duit dekat ASB, bahagi duit dekat bank-bank yang berlainan mengikut jumlah yang sepatutnya, beli keperluan yang patut macam makanan ke, top up barang make up, mandian etc. 
Tapi masuk tengah bulan tengok duit ni banyak lagi. Mulalah mata meliar macam serigala cari makanan.

Bila dah ada yang berkenan, beli 1. Kononnya, takpe, reward diri untuk bulan ni. Penat bekerja, takkanlah takde reward kan? Tetiba nampak pulak lagi 1, dan 1 lagi, lagi 1, 1 lagi dan ........
Bila tengok banyak duit abis, cuba pujuk hati : "Takpe, hari ni je shopping. Next time jangan okeh Mish!" 

Tapi esok bila on9, OMG cantiknya handbag ni, baju ni pun cantik, shawl ni pun..Takpe, shopping sikit je ni.  Finally beli nya ................. hem........ Paham-paham la ehh.. 

Tepok dahi la jawabnya. 

-Mish- 

March 20, 2013

Motivasi itu Makanan Hidup!

Assalamualaikum... uhuk uhuk.. (batuk gediks)

Hari ni nak baca balik buku motivasi dari Irma Hasmie - SMILE :)

Motivate diri ni kene la selalu sebabnya diri ini pasti lupa dan selalu lalai. Baru je rase nak berubah, esoknya bangun pagi dah rase malas nak buat perkara positive kan? Sama tak korang?? Sama tak?? TAK?? BAGUSNYA!!


Nilah bukunya, tapi tunjuk bahagian belakang pulak doh..
 (Muka shayer nampak tua kan bile pakai spek? hmm.. ) 

Yang best nya buku ni, setiap senario, setiap perkara, setiap cerita memang dekat dengan hati. Maksudnya cerita dia memang selalu jadi kat dalam hidup kita. Tapi ayat dalam buku ni agak teratut dan formal sikit lah. Bukanlah jenis santai tapi still lagi mudah nak faham dan input dia boleh faham.

Buku ni dah lama sebenarnya Mish beli. Tapi ni baru nak habiskan. hihi. Haaaa, tabiat Mish ni suka baca buku separuh-separuh pastu kan dah baca buku lain plak. Otang kata memang tak boleh, tak baik and sebangainya lah. Tapi tulah, nama pun tabiat. 

So, pasni jom SMILE = Skill, Motivasi, Inspirasi, Luar Biasa, Elegan  dalam kehidupan seharian okies??? 

-M- 

March 8, 2013

Keluhan Seorang Suami.

Assalamualaikum~ 

Since Mish je yang gugirl masih belum berkahwin, jadi Mish dijadikan tempat berkongsi cerita dan mengadu nasib para suami kawan-kawan Mish ni. Hok Aloh...Jadi pakar rumah tangga tapi takde pengalaman pun. Pelik je kan? Tapi jangan fikir bukan-bukan okiesss.. Hanya berkongsi kisah tapi tidak masuk campur pun dalam hal ehwal rumah tangga dorang. 

Situation 1: 
Bro : Beb, ko tau x, sejak minah (bkn nme sbnr) pregnant ni, pelik-pelik je perangai dia. 
Mish : Kenapa?
Bro : Semua hal aku nak kena buat. Dia taknak amek tau langsung. Makan pakai aku dengan dia, aku yang kene uruskan. Bila suh dia buat, nanti sedih. Mulalah nangis. 
Mish : Pembawakan budak lah tu. Kadang orang mengandung ni tak tentu perangai dia. Sabarlah sikit. 
Bro : Tapi probnya, kadang aku tak marah pun. Aku cakap je cuma takdelah gelak-gelak. Tapi nanges gak. 
Mish : Contohnya? 
Bro : Dia minum air, cawan letak je kat atas karpet. Aku tegurlah suruh letak atas meja takut tumpah nanti. Terus dia nangis. Cakap aku marah dia.. 
Mish : Hahahah.. Dia tu sensitif la. Maklumlah tengah mengandungkan. Jiwa dia tu lembut. 
Bro : Peninglah aku camtu. Aku nak keje pun tak tenang. Kejap-kejap call nangis. 
Mish : Pulak dahhh.. Sabar jelah eh. Maybe awal-awal je macam tu. Pasni okla bini kau. Anak pertama lagipun. Chill eh. 
Bro : Buatnya 9bulan camni...
Mish : Tak lah kot.. 

Situation 2 : 
Mish : Best kahwin? 
Bro : Best tu memanglah. Tapi..
Mish: Eh?? Ada tapi?
Bro : Tanggungjawab besar owhh.. Pening pale aku. Duit plak short.. Buzz dowh.. 
Mish : Laa, memanglah bajet buzz. Kata baru kawen. Nak stabilkan balik ekonomi tu bukannya sebulan dua.
Bro : Tapi payah jugak kan jadi suami. Macam-macam nak kene pikir. Nanti kalau salah langkah, naya aku.
Mish : Kenapa pulak nak persoalkan semua tu. Cara ko cakap ni macam tak bersedia langsung. Abestu sebelum ni beria-ria nak kawen ape kes? Menyesal ke ape ni?
Bro : Uishhh.. Mana ada menyesal. Ada pulak. Aku just share je. Nak cakap yang tanggungjawab selepas kahwin bukanlah senang. Bukan seronok atau sedap semata-mata. 
Mish : Jangan salah cakap. Nanti lain tafsir, salah faham pulak pihak lain. Kecik ati. Ko jangan fikir sangatlah. Nanti lama-lama rase terbeban, jadi mengeluh pulak. Enjoy ehh.. 
Bro : Share je :) 

Situation 3 : 
Bo : Bila dah kahwin, mak mertua aku tu asyik tegur aku je. Ini salah, itu salah. 
Mish : Ko buat ape? 
Bro : Yela, makan ni tak elok, buat itu tak patut, beli ni membazir. Ada jelah yang tak kena nya. Kadang rasa takut plak aku nak balik sana. 
Mish : Ala, adatlah. Teguran orang tua kan. 
Bro : Tapi kadang terase, malu lah kan. Dah aku selalu buat tu, tetiba dia cakap tak boleh pulak. 
Mish : Macam nila. Ko tu kira anak baru untuk dia. Mana yang tak kena dia akan tegur. Macam mak kita tegur kita. Perkara yang kita selalu buat, tak kena kat mata dia sebab dia jarang tengok kan, masa ni lah dia tegur mana yang patut. Bezanya, mak kita ajar kita dari kecik, tegur kita dari kecik. Mak mertua pulak tegur kita time kite dah besar, dah kuat rasa malu, ada ego, ada perasaan marah dan pendapat sendiri. Sebab tu kita terasa lebih kan. :)
Bro : Betul. Tapi terase gak.. 
Mish : Ah, ngada!!! 

Seram pulak Mish dengar.. Macam manalah Mish nanti agaknya.. hihihi.. 

-M- 

March 5, 2013

Pengaruh dan Terpengaruh

Assalamualaikum~

Situatin 1: 
"Aku ni kuat tau, aku ni gangster tau. KL Gangster!! Aku mengamuk nanti.Aku tumbuk muka kau! " 
(Muridku dulu - 6 tahun)

Astaghfirullahalazim... Itulah dialog murid Mish dulu bila tak puas hati dengan kawan sekelas dia. Mula lah nak ngamuk. Kadang tak terdaya Mish nak halang bebudak ni. Memang terkawal, tapi nak pahamkan dorang yang perkara / perbuatan tu salah bukan senang. Hari ni pesan, esok buat semula. Sejam lepas marah, duduk lah elok-elok. Sejam kemudian dah buat balik perkara yang sama. Budak-budak memang camtu. Betul. Tapi dari budaklah nak ajarkan. Dah besar nanti pandai melawan pulak.

Situation 2 : 
" Aku nak beli ubat gigi barulah. Fazura dowh. Gigi dia lawa gila bila pakai Colgate" 
(Memanglah gigi dia mesti putih berseri. Kan selebriti. Takkan nak gigi berkerak kuning berkilat kot. Uweeekk)

Situation 3 : 
" Pasni nak beli turban la. Aku tengok Yuna pakai tu cantik je. Stylo tau."
( Tak salah nak cuba as long as, still cover yang sepatutnya. )

Situation 4 :
" Asal drive laju gila ni? Bahayalah."
" Feel KL DRIFT ni.. "
(Hok aloh, dorang tu stuntman yang buat, pro. Setakat nak test power, baik tak payah. Excident kang..)

Situation 5 : 
"Solat?"
" Yalah, tengok Oasis ni insaf aku.. Takutt, banyak dosa."
(ALhamdulillah.. )

Situation 6 : 
Ada dengar tak pasal lelaki dekat negara mana ntah (xsure), dia saman syarikat pewangi ketiak sebab bila dia gunakan spray pewangi ketiak tu, perempuan tak tertarik dengan dia pun. Ha sudahh.. Nak menjawab satu hal, nak fahamkan pun satu hal. Aduhai.. Nama pun iklan kan. Dah tentu lah over acting sket and kadang tak logik. Tapi kita yang ada otak ni, pikir la bebetul eh. Iklan tu untuk menarik minat kita dan kadang lebih best + entertain kalau berlebih-lebihan ni..


Media electronic ni memang sangat berpengaruh. Tapi yang elok tu ambil, yang tak elok tu janganlah ikut pulak. Si kecil ni, jangan biarkan masa mereka habis di depan tv je. Nanti kita pulak yang tak terkawal :)
Iklan raya petronas paling best kalau nak tengok selalu. 


-M-

March 3, 2013

Why ehhh??


Assalamualaikum ~

"Kenapa mesti kita angankan atau gambarkan nak laki handsome, kaya, muda, badan tough, tinggi, macho, pakai kereta besar, superbike etc. Perempuan pulak mestilah nak gorgeous, cantik, bulu mata lentik, tinggi, putih mulus, gebu, anak orang kaya, rambut panjang mengurai, stylish, etc. 

Baca novel, tengok tv, dengar kisah dongeng pun mesti perfect match, lovely couple  watak yang wujud.. Betul tak? Kalau ada Beauty and the Beast, perempuan cantik dan kodok sekalipun, the end of confirm la katak or the beast akan jadi kacak, sebenarnya putera raja, anak orang kaya yang disumpah and bla bla bla.. Dayang senandung pun sama okeh. Bila habis sumpahan, jadilah perempuan yang cantik gila!! Sama lahhh ~ Kan3?? "

(Nak tau tak, ini soalan murid saya 5 tahun masa jadi cikgu ganti tahun lepas..*soalan telah diubah suai sket eh) 

The kids also realize this situation + scenario will happen anywhere..The best part is.....~ 

Girl: Lelaki ni semua nak kahwin dengan perempuan cantik kan cikgu? Bosan. 
Boy : Mestilah. Sape nak kahwin dengan perempuan buruk? Awak nak ke? 
Girl : Abes tu, awak tak nak lah terima saya? Tak nak kahwin dengan saya lah?
Boy : Kenapa pulak? 
Girl: Sebab saya ni tak lawa sangat pun. 
Boy : Bila besar nanti awak mesti lawa punya. Kecik-kecik memanglah comot sikit. 
(Budak lelaki ni dengan muka tak bersalahnya cakap macam tu! Cute gila okeh bila dengar dorang berborak!) 

And me was like ... Ha???? Hahahha.. terburai habis tawa ku yang selama ni cover cun depan budak-budak. Haruslah behave kan?! 

Aduhai, kecik-kecik dah pandai sangat!! Kelakar + awesome ok pemikiran mereka!! 

*will share the pictures later eh.. :) 
-M- 


Sorry.. Tak Minat

Assalamualaikum~

Question : Suke Twilight??
Answer: Tak..

Q : Star Wash?
A : Nope!

Q : Harry Potter ??
A : Tak langsung

Q: Superman? Batman?? Ultraman? Spiderman??
A : Hahaha.. Taaakkk !!!

Q : Semua tak suke? Abes suka movie ape yang ber-series?
A: Transporter, Mission Impossible, Fast And Furious, GI JOE..hemmm... Tak ingat dah lahh..

Q : Ohhh.. sama eh?
A : Acceptable per... :)

Whatever~

Hahahaha.. Jelez!

-M-