Jom Kita Baca Sesama Nak Tak??

http://www.emocutez.com

WeLcOmE = Selamat Datang~

Assalamualaikum..

Celik mata, bukak laptop / PC , surfing internet..

After 18 hours baru realise : 'Eh, lupe nak mandi, tak lunch la tadi, homework belum siap !! Lupa nak bagi rabbits makan and blaa blaa blaa. '

(ok, intro totally OUT mish!! )

http://www.emocutez.com
DO NOT COPY ANY POSTS. Powered by Blogger.

January 24, 2013

Tua Dah Ker??!!

Assalamualaikum~

Setiap hari update blog pe kes?? Apa sudah jadi? Hehehe. Disebabkan tahap kerajinan ku agak tinggi, semua kerja sudah dibereskan terlebih awal dari biasa, dengan bekerja pulak shift petang yang kurang tekanan dan kerja yang menimbun, haruslah shayer ni hidup lebih relax! Seperti makan gaji buta tapi sebenarnya tidak ok!! Hanya kelihatan di mata kasar mu sahaja.. Cewahhh!!! Hihihi.

Pada bulan 12/2013 umur Mish akan menjangkau 25 tahun!! Oh My... Shayer sudah semakin tua. Tak sangka. Rasa macam baru sangat habis sekolah. Cepatnya masa berlalu. Dulu Mish selalu membayangkan apa perasaan orang sekeliling bila umurnya dah melepasi 25 tahun. Dan sekarang ni, Mish melaluinya sedagkan masa berfikir tu baru sekolah menengah. Cepat nyer!!!

Sempena tahun 2013 dan akan merasmikan umur 25tahun ni, Mish sudah bertukar produk muka baru! Hihihi. Dah bape bulan Mish pergi survey produk muka apa yang Mish nak try yang sesuai dengan kulit muka dan faktor umur ini. Kononnya untuk anti-penuaan la sangat kan. Apa salahnya untuk menjaga kulit wajah dan badan sendiri. :)

Akhirnya, Mish telah memilih untuk cuba produk muka yang di-commercial kan oleh Miss FAZURA = NUTOX ! ngeee

She's so pretty !! 

Adorable!! 

Mish sangat lah jatuh cinta okeh dengan Fazura ni. Bukan sebab Mish ni lesbo yer adik-adik. Tapi sebab attitude, diri dia, kecantikan dia, cara dia bawa diri, exclusive nyer diri dia dan pe lagi eh?? Ntah, rasa macam memang minat dia lah. :)


Antara Product Malam For Night Use..

Setakat ni, produk ni memang best, sangat halus tekstur nya. Tak melekit. Kalau sapu kat muka rasa soft, comfortabe and tak berminyak pun. Sejuk and rasa cepat je die serasi dengan wajah kita.. Memang syiok lah!! Untuk permulaan, Mish beli dulu set malam and Mish beli yang promotion dalam kotak 1 set ada 5 produk kalau tak silap. Nak cuba lah dulu manalah tau tak sesuai dengan kulit, takdelah rasa membazir sangat kalau tak boleh guna dah kan. Tapi sampai sekarang ni ok je. Takde kesan sampingan and perbezaan rasanya kulit muka lebih halus dan rata. Sukanya!!! Hihi..So, Mish boleh lah continue guna this product and beli lagi tuk penambahan yang lain bulan depan. Yes!!

Duta Nutox! :) 


Untuk kesihatan pulak, Mish masih amalkan minum susu Anlene untuk tulang, Oat, diet biscuits, Jacobs untuk diet (yang memang sentiasa ada dalam handbag), Salmon + Brokoli, VCO + Collagen... Apa lagi eh?? Yang lain tetap merepek, choclate wajib! Hihihi.. So, takdelah menjaga sangat pun. Bantai jugak. hihi. :)

Ibadah jangan lupa tingkatkan yer. Makin tua, makin dekat dengan kematian walaupun tidak terjangka bila. Tapi basicnya, ingat jelah yang itu. Bukan makin tua makin menjadi-jadi pulak perangainya.

Jom sihat + cantik luar dan dalam diri kita?!

-MisH-

No comments: