Assalamualaikum~
Scenario
'Sekarang ni dah macam trend plak kan. Baik artis mahupun orang biasa, sama je. Bila kahwin, berderet-deret orang akan kahwin. Bila berhijrah, pakai tudung, belajar ilmu agama. Kita akan dapat tengok ramai artis ataupun kenalan yang mula berhijrah. Pastu, trend terbaru yang jarang kita dengar (or maybe Mish sorang la kot yang tak tahu), bunting pelamin. Ramai pulak artis yang kahwin je terus 'bunting pelamin'. Eh?? Trend jugak ek?'
Dah memang rezeki masing-masing awal kan. Allah nak meriahkan family dorang agaknya. Alhamdulillah.
Ok, bagi yang tak tahu bunting pelamin ni apa. Maksudnya, usia perkahwinan yang baru sangat, dah mengandung. Maksudnya, baru je kahwin, dah pregnant dalam erti kata lain, baru 'bersama' dah 'lekat' dan takda datang haid dah.(Lebih kuranglah..). Normalnya mungkin selepas 4 bulan ke atas la kot, baru lah kita dengar pengantin pregnant 2-3 bulan kan?
(Kalau salah info sorry eh. )
So, trend or tak sebenarnya semua itu rezeki masing-masing. Perkahwinan, itu rezeki. Tuhan dah bagi rezeki untuk mereka berkahwin, cukup duit, dapat pasangan, sudah terbuka hati, sedia galas tanggungjawab. Bunting pelamin juga rezeki Allah yang sangat pemurah, beri rezeki terindah untuk sebuah perkahwinan dalam tempoh yang sangat singkat. Untunglah kan?! Kenapa nak pertikaikan kononnyer mesti dah pregnant dulu sebelum kahwin la bal bla bla. Hijrah juga rezeki dari Allah. Untunglah seseorang itu dapat rezeki hidayah untuk berhijrah dari keburukan kepada kebaikan. Janganlah sibuk nak pertikaikan kenapa orang tu pakai tudung, kenapa orang ni ikut kelas agama. Dahlah kita ni tak berubah-rubah jadi baik, pastu sibuk nak persoalkan orang lain jadi baik. Rimas ok bila orang kepochi giler ni. Semua benda nak diperbesarkan, nak jadikan isu, nak debat benda yang tak patut. Emosi terlebih... Kenapa kenapa kenapaaaa??!!
Ehem...Shaye plak tetiba emosi. hihihi.. Dah-dah. Tak payah pikir sangat hal orang lain. Tak payah nk huraikan bende tersurat tersirat semua. Baik doa pada ALLAH agar kita juga diberikan rezeki yang baik seperti mereka, dapat kahwin, bina family, pregnant, dan hijrah ke arah kebaikan. Kan bagus tu. :)
-MisH-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment