HIJAB
' Wahai Nabi, suruhlah isteri-isteri mu, anak-anak perempuan mu juga perempuan yang beriman agar melabuhkan pakaian mereka bagi menutup seluruh tubuhnya sewaktu mereka keluar dan berdepan dengan khalayak. Cara yang demikian lebih sesuai untuk dikenal sebagai wanita yang baik, maka mereka tidak diganggu. Dan ingatlah ALLAH adalah Maha Pengampun juga Mengasihani.'
Firman ALLAH (Surah AL-Azhab : 59)
Question: Apa sebenarnya HUKUM pakai tudung nie?
Answer: WAJIB !! (Ustaz Azhar : Pakai tudung itu TIDAK WAJIB. Tetapi MENUTUP KEPALA itu WAJIB)..
Question: Awat buat pening kepala jer.. Cuba explain biar terang & jelas.. Macam salah jer hukum yang ustaz dok bagitau 2.
Answer: Mana ada salah hukum yang ustaz 2 bagitau. Betullah !!! Macam ni, hukum menutup rambut, kepala, leher dan dada adalah WAJIB. Dituntut oleh ISLAM dan diarahkan oleh ALLAH. Tapi pakai tudung itu TAK WAJIB. Maksud nyer : TUDUNG / HIJAB itu adalah satu insiatif yang kita buat untuk menutup aurat dibahagian kepala sehingga dada. Kalau taknak pakai tudung, nak pakai baldi ke, kaen batik ker, tudung saji jer, periuk ke..Pakailah.. Janji tutup bahagian yang WAJIB DITUTUP.. Jelas??? !!!
Question: Tapi xbest la pakai tudung. Tak modern la.. Rambut cantik-cantik sape plak nak tengok?? Dah warnakan, dah buat macam-macam style dah.. Kalau tutup, buat baziaq jer duit tue...
Answer: Sebenarnya, tak boleh nak kata 'terpulanglah, hak indidvidu. Lagipun kubur kan lain-lain. Dosa kau dosa aku, masing-masing tanggung la. Pandai buat, pandai simpan'...Tapi, bila kita dah cuba nasihat, tegur tapi tak nak ikut jugak, dah lepas tangunggjawab kot. InsyaALLAH..
Question: Dalam firman ni, ALLAH kata kalau pakai tudung, perempuan tu baik. Tapi tak semestinya. Ramai jer yang pakai tudung tapi buat maksiat, bertenggek atas motor, kuaq dengan jantan, lepak merata-rata. Tak betul la kot macam ni...
Answer: Sekurang-kurangnya mereka ada insiatif dan kesedaran nak tutup aurat dan ikut juga perintah ALLAH. Yang lain urusan mereka dengan ALLAH. Jangan pertikaikan sangat. Cuma, perspektif kita pada perempuan bertudung masih lagi sama kan?? Contoh : " Dia tu pakai tudung la, tak payah ajak dia pegi clubbing.... Dia tu kan pakai tudung, tak kan lah nak suruh die tipu jugak. Dia takkan buat punyer la... Ish, pompuan tu baik la, pakai tudung. Jangan libatkan dia lah.....Mesti die reject nyer aku ajak die dating, dia kan bertudung.." (Masih ade tanggapan macam nie. Tapi tanggapan yang bertudung tak semestinya baik pun memang makin berleluase skang nie. Tambahan keruntuhan moral tak mengenal tudung atau tak...)
Question: Firman ni jugak ada sebut kalau kite tutup aurat akan dilindungi dari perkara buruk. Tapi sekarang nie banyak je perempuan bertudung kene rogol..
Answer : Itu menunjukkan salah satu keruntuhan akhlak dan moral manusia sekarang. Kita tidak boleh sewenangnya menuding jari dan membuat kesimpulan atas satu-satu kejadian. Banyak faktor yang mendorong akan terjadinya kes rogol..
- Muslimah tersebut tidak menutup 'cantik' aurat nya.
- Perogol apabila didorong syaitan dan nafsu sendiri tidak kenal erti MANGSA (bertudung atau tidak).
- Didorong nafsu selepas menonton video tidak senonoh. Melepaskan pada mangsa bertudung (itu yang kebetulan ada di depan mata).
- Pemangsa tidak tahu untuk menilai dan membezakan mangsa mana yang perlu 'dilakukan'..
(Selebihnya ALLAH lebih mengetahui)...
Question: Tapi saya tak sampai seru lagi lah nak bertudung. Sape yang xnak pakai tudung kan..Tapi belum tiba masanya kot..
Asnwer : Saya dulu pun begitu jugak (nanti akan di-sharekan pada siri yang seterusnya). Lebih baik melakukan dengan keadaan TERPAKSA dari langsung tidak mencuba. Kerana dari rasa terpaksa akan timbul rasa SERBA SALAH (kalau tak pakai / On-Off) dan akhirnya akan rasa TANGGUNGJAWAB untuk terus pakai hijab. : D
P/s: Conversations ni antara saya dan pakar agama (ustaz / ustazah), juga diskusi saya dan kawan-kawan mengenai hijab ni dan dari bacaan serta tonton video dan rancangan agama. Bukan menuding jari atau niat ingin menjatuhkan perempuan yang tidak berjilbab. Sekadar berkongsi, mengutarakan pendapat dan yang PENTING PERINGATAN untuk DIRI SAYA SENDIRI = MIERA SHAHIDA. Kerana saya masih lagi dalam proses belajar dan perbaiki PENUTUPAN AURAT saya...
Aminnn : D
(will be continue ..)
No comments:
Post a Comment