Jom Kita Baca Sesama Nak Tak??

http://www.emocutez.com

WeLcOmE = Selamat Datang~

Assalamualaikum..

Celik mata, bukak laptop / PC , surfing internet..

After 18 hours baru realise : 'Eh, lupe nak mandi, tak lunch la tadi, homework belum siap !! Lupa nak bagi rabbits makan and blaa blaa blaa. '

(ok, intro totally OUT mish!! )

http://www.emocutez.com
DO NOT COPY ANY POSTS. Powered by Blogger.

August 12, 2012

~ Perspective KeRjA ~

Assalamualaikum~

Jom kite story tentang kerja pula. Seperti yang Mish pernah bagitahu di entry yg lepas, Mish sekarang ni kerja di hotel. Hotel biasa sahaja. Tak salah menimba ilmu juga pengalaman di mana-mana tempat kerja tak kira position. Jangan memilih bak kata orang. Serendah dan setinggi mana pun kedudukan kamu, kamu hanya biasa sahaja di mata ALLAH.. Yang membezakan cara pembawakan diri dan amalan sahaja. InsyaALLAH : D

 Mish juga seperti kalian yang memandang 'position' dan 'company' untuk bekerja. Nak kerja kat company yang gempak jer. Swasta sebab gaji besar konon nyer. Position nak yang tinggi sahaja yang sesuai dengan education level. Yerlah, penat-penat study sampai degree, takkanlah jadi kerani yang gaji tak cecah RM 1k kot?!

Berlumba-lumba nak yang terbaik sebab rasa level kite nie tinggi tuk pegang position yang rendah. Kawan-kawan semua dapat kerja yang boleh tahan hebatnya. Takkanlah kita nak kerja supermarket. Kawan semua kerja office hour, takkanlah kita nak kerja shift yang tentu masa. Kawan-kawan pergi keje semua segak bergaya, office attire, bawak briefcase, make-up, laptop, etc.. Tapi kita pakai uniform, kerja susun barang etc.

Jujur Mish cakap dulu memang pikir macam tu. Rasa rendah diri bila kerja nie tak setanding yang sepatutnya. Kawan-kawan kerja semua yang best, tapi Mish hanya biasa-biasa saja. Kesudahannya, Mish terlantar dekat rumah, tidak bekerja.

Jadi, jom kite ubah mindset kita!! Jangan pandang rendah pada position rendah!!!! Tak ada 'mereka', takkan  selesa position tinggi. Bagi Mish sekarang ni, position apa pun dalam dunia pekerjaan ni, sebenarnya sama sahaja. Yang membezakan hanyalah cara kerja, tugasan, jumlah gaji, dan tempat untuk kita stay kat office.

Kerja di hotel ni buatkan Mish buka mata, terang hati dan luas pemikiran. Di sini tiada puak-puak untuk bersosial. Takde beza antara setiap position.. Semua cuba diseimbangkan, cuba untuk memahami setiap tugasan dan cuba untuk menjadi 'keluarga' besar. Walaupun kerja Mish tidaklah se-gah mana.. Tapi masih lagi boleh dibanggakan kerana biarlah belajar dari serendah-rendah position, merangkak dan bertatih dari bawah, menimba pengalaman untuk dikemaskan dalam kamus hidup sebelum Mish merasa position yang sepatutnya. Namun, jika ALLAH menetapkan hanya disini rezeki Mish, InsyaALLAH Mish terima dan harap ALLAH sentiasa merahmati Mish dan rezeki ini berkat. Dan semoga Mish berlapang dada menerima ketentuanNYA. Mungkin ada hikmah yang lebih manis. Mungkin bila Mish di position yang tinggi, Mish akan jadi takbur dan riak, bongkak dan sombong, tak berperikemanusiaan..Naizubillah..Mintak dijauhkan ALLAH..Peliharalah akhlak Mish !

Positive lah untuk sentiasa merasa nikmat hidup dimana pun kita duduk, setinggi mana pun kita berada agar hidup kita akan terus ceria : )

No comments: